detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Monday, May 29, 2006

baby...

jam tgn aku skarang ni menunjukkan pukul 2.05 pagi, 30/5/06… hari selase…
Siang tadi aku pegi kelas PIL, pegi bank, pegi STAD…. (ini pun nk tulis ke?)

Skarang ni telinge aku tgh sdap dgr lagu nasyid arab by mohamad al-husaiyan (rase2nye btl la aku sebut name dia), tajuk dia “fil laylatin minal layaal”, yg bermaksud: pada satu mlm dari byk2 mlm. Secare basiknye lagu ni citer pasal rintihan seorang islam terhadap tuhannye, dan dia pun menumpahkan syukur dan puji-pujian kepade allah, dan juge menyesali dose2nye, dan memohon agar allah menyuluhi jalan hidupnye…

lagi satu, lagu nih punye rentak syahdoo giler… boleh buat lagu dodoian aku nk tidoor… Tapi aku rase rentak lagu nih dia pinjam dari lagu org Kristen.. mase aku tgh tonton satu cite omputeh, aku terdengar satu lagu Kristen/lagu gereje yg di selitkan dalam citer tu… then aku recognize la bahawe lagu arab nih pinjam rentak lagu tuh…(ke ciplak?)

Oh ye, mamat arab yg nyanyi lagu nih penah berduet ngan raihan dalam album mamat arab tu.., tajuk lagu duet tu: ‘araftuka’. Lagu araftuka ni ade gak dalam album raihan tajuk ‘allahu’.

Sebenarnye lagu araftuka ni pun bukan lagu original by mohd al-husayan tu,,, tapi sape ntah nyanyi dulu lagu nih… rentak lagu araftuka yg mamat arab ni nyanyi pun dipinjam dari lagu lain gak… wallahu aklam…

Jom usha skit… antare adat dan kepercayaan tahyul mase zaman jahiliyyah:

1. penghormatan terhadap berhala yg extreme, contohnya abdul mutalib pernah mempersembahkan korban manusia, iaitu anaknya Abdullah.
2. seasape mencela dan mencaci tuhan/berhala latta dan uzza akan mendapat penyakit sopak.
3. kalau nk mengembara, diorang akan buat satu ikatan kat batang pokok. Kalau selepas diorang pulang lalu didapati ikatan itu telah terbuka, bermakna isteri mereka telah curang.
4. kalau anak pertama seekor kambing ialah jantan, ibu kambing itu akan diserahkan kepada berhala. begitu jugak kalau ibu kambing itu genap melahirkan 10 ekor anak.
5. anak perempuan adelah pembawa sial dan menjatuhkan maruah. oleh itu harus ditanam hidup2 sejak dari kecik.
6. bile seseorg itu mati, rohnye akan menjadi burung ‘hammah’.
7. dilarang membunuh ular sbb nanti roh ular tu jadi hantu dan membalas dendam.
8. mase musim kemarau, rumput2 diikat pade seekor kambing, lalu dibakar dengan harapan hujan akan turun.
9. memakai cincin besi atau tembaga dgn harapan akan menambahkan kekuatan.
10. jika tersesat di hutan, maka di terbalikkan kain yg dipakai semoga tidak sesat.

so kesimpulannye jgn le korang hidup mcm org jahiliyyah di zaman serba moden ini.. jgn terpengaruh dgn budaya2 yg bertentangan dgn ajaran islam yg suci dan murni… bersamalah menjaga keimanan, berusahalah memperbaikai keutuhan iman moga tidak mudah goyah dan terpesong. jauhi black metal!!

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Saturday, May 27, 2006

olek yang cerdik...

Skarang pukul 3.17pm, hari sabtu, 27/05/06…
ni la name2 yg stil dlm simpanan aku sampai ari ni…
skrang ni aku dah tulis balik name2 ni dgn name
penuh/sebenar diorang…

pastu aku susun balik dalam grup diorang…
yg tersilap eja dan yg tak ‘berbin’ atau ‘berbinti’ tu sori la…
mmg aku dah amek caution pada tahap tertinggi dah…
cume aku tak sampai tahap tepon korang sorang2 la nk tau
camne ejaan name korang yg sebenarnye,
dan nk tanye name ayahanda korang…

yg italic tu name yg aku taktau name bapak diorang…
yg bold plak maksudnye seiap grup tu bermula dari name dia..
yg aku tertinggal name tu sori byk2 ye…
TENGKIU BYK2 kat korang yg bertungkus lumus slame ni….

(cube tgk name2 dlm grup korang sendiri,
kompem ramai yg korang sendiri pun tak kenal!)

1. Ahmad Asyrani b. aziz (mule senarai group 1)
2. Syed Zahran b.
3. Radziatun Hannan bt.
4. Siti Najihah bt.
5. Siti Noor Baizura bt.
6. Siti Nur Fatimah bt Hassan
7. mohd yusof b. mohamad
8. Mohd Rizuan b. Abdul Aziz
9. Shahrul Bariah bt. hj hamzah
10. Aidatul Farah Hazwani bt. mohamad
11. Mohd Helmi b. Kasman
12. Anis Diana bt. mohamed aluwi
13. Adillah bt. osman
14. Mohd Khairil Izzi b. talha
15. Noriani bt md. Nor
16. Siti Sarah bt. Ismail
17. Faridah Haslina bt. laudin
18. Noor Fadzilah bt haron
19. Hidayah bt. Ibrahim
20. Mohd Hafidz b. Abd Rahman
21. Atikah bt. Mohamad
22. mohd Yazid b. Ismail
23. Nur Hasilah bt. haris
24. Asrina bt. Abdul Malik
25. Nuramalina Hazwani bt. abdul razak
26. Mukhriz bt. Mat Rus
27. Nor Ezeanti bt. Nordin
28. Ummu Aiman bt. Mohd@Jaafar
29. Wan Nurul Firdaus bt. Abd Hamid
30. Rosnida bt. Hamzah
31. Siti Khairul Madaniah bt. Ismail
32. Ahmad Firdaus b. Abd hamid
33. Nur Haswani Norul bt. Azmin
34. Fatahiyah bt. Mat Lazim
35. Siti Hajjar bt. Mohd Aris
36. Norrazilah bt. Razuan
37. Mohd Rafiq b. Zakaria
38. Nurul Hafiza bt. Said Sulaiman
39. Wan Ahmad Aswadi b. (mule senarai group 2)
40. Abdullah Az Zubayr b.
41. Noor rizan bt. Osman
42. Nurul ‘Ain bt. Sabri
43. Syarah bt. Abd Mokhtar
44. Helmi b. Ahmad Kamel
45. Tg. Noorfadila Aryani bt. Tg. mahiddin
46. Aiman Basir (aku tak letak bin/binti sebab tak sure laki ke pompuan)
47. Nurul Huda bt. Noordin
48. Nurhafizah bt. Ali
49. Mohd Azlan Shah b. sharifudin
50. Mohamad Irfan b. md Arif
51. Rusdiena bt. Ghazali
52. Surianiwati bt. Sharifudin
53. Norhaina bt. Zulkifli
54. Suriani bt. Ujang
55. Mohd Safiyussalam b. mohamad johari
56. Wan Syakira bt. meor hissan
57. Mohd Zikri b. Ahmad
58. Nurul Liyana bt. Lokman
59. Hadija nor bt. Ahmad
60. noor hazura bt. hamid
61. Saadi ahmad b. kamaruddin
62. Siti Zulian bt. Zulkifli
63. Siti Nur Hazilla bt. Daud
64. Wan Humairah bt. Wan Husin
65. Nuura Addina bt. Mohamad
66. Muhammad Zulhelmi b. Abd Rahim
67. Mohd Hafasdzillah b. Jusoh
68. Noorul Diyanah bt. Yusof
69. Norzihan bt. Baharum
70. Ahmad Mukhlis b. Mansur
71. Noorasikin bt. Yaakob
72. Nur Hashimah bt. Hanafiah
73. Nuraisha Hajar bt. Nadzri
74. Nur Fadhillah b. Aziz
75. Ahmad Adlan b. Mohd Khalidi (mule senarai group 3)
76. Fatin Hameema bt.
77. hazwan b.
78. Farahatun Najwa bt. Paidin
79. Nurul Iza bt. Abu Bakar
80. Nur Shahirah bt. Ahmad Rosland
81. Nurul Fitrah bt. Muda
82. Nurul Hafiza bt. Kamal
83. Norazwa bt. Wahid
84. Nur Hayati bte. Che Noh
85. Nurhayati bt. Ilias
86. Norkhaliza bt. Mat Yunus
87. Adawiyah bt. Yusof
88. Khalidah Adibah bt. Md. Salimun
89. Rosezieta bt Usor
90. Nurul Hafizah bt. Abd Manap
91. Nor Ilyana bt. Ahmad bustamam
92. Saidatul Nadiah bt Jalaluddin
93. Siti Mariam bt Ismail
94. maryam latifah bt. osman
95. Mohd Khairudin b. Yunus
96. khairul ariffin b. abd rahman
97. Ahmad Huzaifah bt. Zulkifli
98. Maria Farhana bt. Asmawi
99. Fazlinda bt. Hamzah
100. Nurazlin bt Baharudin
101. Noor Syahida bt. Md Soh
102. Azuzana bt. abd rahman
103. Nur Mashita bt. shamsudin
104. Nur ‘Adila bt. ahmad
105. Siti Zuhairah bt. zulkifli
106. Syazwani bt. Awang
107. Maheran bt. Mokhtar
108. Muhd Sazlie b. Ibrahim
109. Mohd Ikhwan b. Mohd Jamal

Name2 yg lain:

Meha, mizi, kak sue, kak daisy, akmar, pizin, yazid, ezad, ina, as, effa, amy, buck, yan, nora, zira, atun, najib.

Nombor2 yg cambest kat IIUM:

IIUM clinic: 03-6196444
IIUM security: 03-61964172
A&R: 03-61964047
STAD: 03-61964110, 019-3069181 (abg danial)
CCAC: 03-61965478
IIUM properties (IP): 03-61965415, 012-2986065 (abg ilyas)
Library: 03-61964831
SRC office: 03-61965796, 012-9347112 (razik, president SRC)
Waqaf endowment fund: 03-61964110
Alumni relations: 03-61964032
Finance division: 03-61965191
Research center: 03-61965002
Transportation unit: 013-6163742 (abg hamidi)
ROVAS: 0192205886 (en.zahari), nombor ofis dia aku dah terdelete from my henpon!

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, May 23, 2006

peristiwa kerana seorang dayang 2

Form 4 dulu ustat aku (dia dah meninggal dah mase aku first sem kat matrik) ajar mende nih, tapi aku blaja main2, last2 bile nk xm SMRA aku tak paham langsung nk bace buku bahase arab tu! Bile dah besar skarang ni aku ‘study’ balik subjek tu….sebab rugi rasenye klu aku tak tau ape2…


zaman khulafak arrasyidin:

1. abu bakar assidiq (lantik khalid al-walid perang ngan heraclius (rom), lawan org murtad nabi palsu dan org2 taknak byr zakat, mengumpulkan quran)

2. umar al-khattab (al-faaruk) (buat sistem syura, buat kabinet (majlis tertinggi),gabenor2 kene pakai baju murah je + isytihar harte, ade jabatan, polis, cukai dan qadhi, buat ‘separation of power’, buat baitulmal, buat calendar hijrah, empayar rom + parsi jatuh ke tgn islam)

3. usman bin affan (mati dibunuh mase tgh bace quran, umur 82 tahun… nabi mase dia idup lagi dah tau usman akan mati kene bunuh)

4. ali bin abi talib (ubah pusat pentadbiran from madinah to kufah, perang saudare berlaku: perang jamal (aisyah naik unte mase perang ni)+ perang siffin, mazhab politik muncul: syiah, khawarij, murji’ah, lame jadi mazhab agame sbb asyik discuss bab2 aqidah + syariat)


zaman umayyah, bani umayyah (system monarki bermule):

1. muawiyah b. abu sufian (mengisytiharkan diri sendiri sbg pemimpin, 661 M)

2. yazid b. muawiyah (tragedy karbalak, cucu nabi hussin mati kene bunuh, 681 M)

3. muawiyah b. yazid (40 hari je jadi pemimpin pas letak jawatan sendiri)

4. marwan al-hakam (takluk mesir)

5. abdul malik b. marwan (dia ni ulamak fiqh sblm jadi pemimpin, buat mate wang negare sendiri)

6. al-walid b. abdul malik (mase ni sepanyol ditakluk oleh panglima tariq b. zaid, dia ni bagus la…)

7. sulaiman b. abdul malik (mati sebab terlampau kenyang!, membunuh panglima2 yg berjase mase zaman al-walid!)

8. umar bin abdul aziz (mujaddid pertame dlm sejarah islam, hidup zuhud giler,nk ceraikan isteri dia kalau isteri dia nk pilih kesenangan dan dunia, merampas balik harte2 yg diambil secare haram from rakyat oleh pemimpin2, pecat pegawai2 jahat, gerakan dakwah sampai ke India, china dan palembang, mati kene racun, umur 39 tahun, 2 1/2thn memerintah)

9. yazid b. abdul malik (berfoya2 ngn pompuan, pecat pegawai2 umar abd aziz)

10. hisyam b. abdul malik (byk pemberontakan mase zaman dia, tapi dia ni pemimpin baik)

11. al-walid b. yazid (digulingkan rakyat, penjarakan keluarga hisham, seksa + rampas harte diorang)

12. yazid b. al-walid (takder ape2 yg menarik sgt nk citer...)

13. ibrahim b. al-walid (6 bln je memerintah, pastu mati)

14. marwan b. Muhammad (744-750 M, dia nih pahlawan cekap dan bijak, tapi x sempat selamatkan bani umayyah sebab dah kronik sgt ngn pemberontakan2!, memenjarakan imam abu hanifah, imam ni penah kene dera sebab taknak jadi qadi negare, last2 imam ni mati kene soh minum racun.)


zaman abassiyyah, bani abassiyyah:

1. abul abas al-saffah (membunuh sisa2 bani umayyah, korek + bakar kubur2 khalifah2 umayyah)

2. abu jaafar al-mansur (buat pusat pemerintahan kat baghdad, perpustakaan darul hikmah, terjemah buku parsi + yunani ke arab, imam malik dan syafie tgh top waktu ni, imam malik kene sebat 70 kali sbb bagi fatwa yg dia tak suke)

3. Muhammad al-mahdi (luaskan masjidil haram, buat kelambu kaabah, buat rumah2 + perigi musafir, system pos, bagi elaun pesakit kusta)

4. musa al-hadi (takder ape2 yg menarik sgt nk citer...)

5. harun al-rasyid, (buat skolah, masjid, hospital, jalan raye, jambatan, terusan, mata air ‘ain zibaidah’, buat perpustakaan baitul hikmah, abu yusuf (jurist) tgh top waktu ni)

6. al-amin (takder ape2 yg menarik sgt nk citer...)

7. al-makmun (suruh apply mazhab muktazilah tanpa tolak ansur, imam hambali tentang bende ni, dia penjarakan imam hambali sbb imam hambali katet: ‘quran tu makhluk’)

8. al-miktasim (setuju mazhab muktazilah jadi mazhab rasmi Negara, lantik org2 turki dlm pentadbiran negara)

9. al-wathiq (mazhab muktazilah still jadi pegangan Negara, bg kebebasan kat org2 turki, pas wathiq mati org turki berkuasa plak!)


Antare sebab kejatuhan kerajaan islam Andalusia (sepanyol) adelah kebejatan moral pemimpin2nye. leka ngn hiburan dan arak,memungut cukai sesuka hati dari rakyat sedangkan rakyat hidup melarat dan terbiar. Jom usha skit:

Khalifah Muhammad II: suke minum arak sampai digelar ‘pembuat arak’
Khalifah al-muktafi: sgt asyik ngn perempuan dan penari2.
Khalifah abdul rahman al-nasir: dia ni ade 6321 org perempuan dan 618 org anak. Salah satu isi surat dia mase meninggal: ‘selama zaman pemerintahan aku yg panjang, ada 14 hari je hari yg aku btl2 merasa bahagia’.


Jom blajar bahase arab:

‘ilm – ajaran (ilmu)
Ta’allama – belajar
Ista’lama – mempelajari
‘aliim – berpelajaran (berilmu)
A’lam – berpengajaran
‘allaamah – terpelajar
Mu’allim – pengajar (guru)
Muta;allim – org yg belajar (pelajar)
Ta’liim – pengajaran

Wallahu aklam.

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

NA

Sekarang ni pukul 1.04am, 19/5/06, hari jumaat…

sebelum aku menyidai baju aku yg bertimbun tu, membace buku santai dan tido, aku pun saje2 la buang mase menulis mende alah nih! Esok lebih kurang pukul 3 ptg kitorang (budak2 AKHI) akan bertolak gi kem sri raudah for 3 ari 2 mlm… agak2 nye budak2 skolah tu akan dtg seramai 70-90 orang, mcm kem2 yg lepas… Aku teringat balik 2, 3 mende sepanjang 2 minggu yg lepas:

1. beriadah pagi jumaat 2 jam main f***** ngn bdk2 QYC & maaruf club (thanx to reza sebab invite aku)
2. Presentation PIL 2: problematic question on international law of the sea (thanx a lot to khairie!!).
3. AKHI mentoring at Suria park KLCC
4. posmotem AKHI mentoring (thanx to ikhwan).
5. AKHI silver workshop 1
6. dan lain-lain…. Okey, bai bai… aku nk abiskan mase kualiti aku skarang ni…..

Sambungan: pukul 4.26pm, 22/5/2006:

Semalam kitorang blah dari kem tu lebih jurang kul 5.30 ptg… time kasih byk2 dan tahniah to every komiti yg same2 bertungkus lumus menjayekan kem ni… (tiber aku ucap camtu walaupun aku bkn manager kem tu!) tak lupe gak kat pihak pengurusan kem, abg bismi dan konco2nye, trainers kem tu, dan sape2 ntah mamat2 yg aku tak tau sgt posisi diorang! Terime kasih gak kepade anis, sazli, and sofiy sebab bagi kepercayaan kat aku pegang kamera diorang soh tangkap gambar… ntah berape ratus gambar yg aku tangkap and berape video yg aku record!

Mende2 tak best:

1. aku dapat berite dari akak law ofis maybe final xm PIL 1 and PIL 2 jatuh pade hari yg same… mintak2 jgn lah… tak larat aku nk bace byk2!
2. kawan aku a*** kene pau ngn 4 org mamat India kat greenwood, RM 300 and 2 bijik henphone kene rompak! (sabor je lah.. tapi klu aku marah terus!!)
3. pegi stad nk jumpe abg din or abg dany, tapi dua2 takder… malas nk tunggu diorang aku pun blah ngn hampe…
4. charger nokia (connecting people) aku ilang secare misteri….. (satu2nye charger nokia dalam bilal c 2.6)

Ni report kem yg dulu2 mase awal tahun (saje je aku letak)…. Tiber je kene buat report sebab mizi kate kene submit kat dia nk letak dalam bulletin ape ntah!:

On 3rd-5th February 2006, AKHI Project had successfully organizing AKHI Motivational Camp. The camp was held at the International Islamic University Malaysia (IIUM) with the theme ‘Towards the Excellence of Islamic Generation”. This camp received 90 participants from both Sekolah Kebangsaan Setapak Indah and Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul and 50 committees including facilitators from members of AKHI Project.

The objectives of this camp among others were to motivate and encourage participants to succeed in their life and to develop through motivation, their leadership as caliphs on earth. Besides, this event was aimed to strengthen the relationship between the participants (mentee) and AKHI members (mentor).

The main focus of this camp was the motivational aspect whereby the modules were created carefully in order to guarantee the suitability and effectiveness with the participants, aged between 10-12 years old. Other than the modules, the participants were also experienced with some other activities such as night walk, games and sports, qiamullail and a video show. Sis. Farahatun Najwa as Head Facilitator commented that, “the facilitators were very diligent in giving their commitment to the kids. By this, the modules can be carried out effectively. I think the kids were very happy with this programme and it can be seen obviously, throughout the whole time.”

Since AKHI Project is under IIUM Community Service Unit, this camp received its fund from the Student Development Division (S-DEV) worth RM 2,800.

In conclusion, the manager of the camp, Bro. Mohd Sazlie during the post mortem quoted that: “I am glad to see that the programme ran smoothly with high cooperation from all committees and facilitators, and I believe this programme had successfully achieved its objectives. May Allah bless us for this effort to create the khaira ummah.”

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, May 17, 2006

cerita pagi...

Skarang ni pukul 2.10 pagi, hari khamis, 18/5/06. skarang ni yazid, roy, izzi tgh berbondong2 dan bergelimpangan atas katil aku, pukul 2.30pagi karang nk tgk final bola sepak juara2 eropah, antare Barcelona lawan arsenal… Aku sbenarnye malas nk citer ape2 sgt…. So aku nk soh kawan2 aku citer sepatah dua kate sementare pukul 2.30 pagi nnti,,,, Okey, jom bace ape yg diorang tulis,,,,:

Izzi menulis:

Aku tgh ngantuk tahap cipan dan sial,tapi sebab aku nak tgk arsenal kalah,aku gagahkan gak le diri nie menahan ngantuk sambil mendengar alunan-alunan suara yang membicarakan tentang ‘tuuuuuuuttt’ dalam bilik nie, serius aku rase mcm bahang api neraka dah masuk bilik nie..panassssss..

Umar komen: lain macam je isi kandungan perkataan beliau ni… mmg la panas topic kitorang, tapi bukannye sepanas api neraka dan bercakap yg bukan2… kitorang tadi tgh membicarakan dan membahaskan tentang hadis2 nabi yg sungguh berfaedah… harap pembaca2 lain tidak salah faham…

Roy menulis:

Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau sentuh.. teman tp mesra… tiber.. pass to umar back ..

Umar komen: roy sebenarnye menyanyikan lagi ‘dealova’ nyanyian once dan menggabungkan dgn lirik lagu ‘teman tapi mesra’……

Yazid menulis:

Aku sebenarnyer nak ‘mencarut’ tapi selepas mendengar alunan zikir yg dibacekan oleh seseorang sebentar tadi, aku terkasima lantas membatalkan hasrat yg tak berape murni aku tu tadi…lagi satu, umar yg pakse aku menulis dikala aku sedang enak membace majalah yg berunsur hiburan dan dakwah..kenape dgn umar malam nih?die seolah2 bukan umar yg biase..malah kate2 dan tingkah lakunye seperti seorang ……….(deleted by umar)………, eh silap..die seperti seorang yg amat beriman pulak malam nih..tadi aku tgk die solat, aku terharu lantas menitiskan air mate keinsafan…tgh pagi ni arsenal lwn barca…dah tentu2 arsenal menang…izzi aku tgk seperti seorang yg dahagakan kasih sayang..roomate umar yg ala2 samuel eto lantaran kerana kulitnyer yg bersinar berkilau bak bintang Cameroon yg bermain utk barca tersebut sedang membace buku2 agama…roy pule sedang mengarut di kala beliau sedang melontarkan idea2 beliau utk humanitarian week….lagi, lagi, lagi…..

Najib komen:Yazid di dalam penulisan beliau ade memuji aku sebab takut dihalau dari bilik aku tatkala mlm menintiskan embun dingin… lagi pun yazid sgt takut terhadap sakat sang hantu, pocong, jembalang dan pontianak maya karin dikala waktu2 begini… olih itu beliau telah menghamburkan beberapa kata pujian yg enak dan sedap di dengar demi kemaslahatan dirinya supaya aku tak menghalaunya pulang ke kolej faruk yg berjarak entah berapa depa dari bilik aku… ramalan aku: barca menang 2-1 lawan dengan arsenal.

jom muhasabah diri same2....

A winner always part of answers.(rajin2 la skit buat keje + bg opinion)
A loser always part of the problem.(ni org yg mls buat keje,cuai, pastu byk songeh)

A winner always has a plan.(kalau anda gagal merancang, anda merancang utk gagal)
A loser always has an excuse.(klu byk excuse pun x bleh jugak... sampai bile keje nk siap... last2 org lain yg kene buat)

A winner says: let me do it! (yg ni mmg bagus, tak banyak songeh dan rajin. soh buat keje dia buat je..)
A loser says: that’s not my job!(ni org yg lepas tangan dan tak serius!)

A winner sees an answer in every problem.(maksudnye bijak tangani masalah la..)
A loser sees a problem in every answer. (Dah bagi solution pun malas nk buat! lagi satu dia ni jenis yg takut nk mencuba..)

A winner says: it may be difficult but it’s possible. (yg ni dia berfikiran optimis, bermotivasi dan yakin,.. tapi nk optimis pun biar la realistik sikit)
A loser says: it may be possible, but it’s difficult.(buat dulu baru tau.... kalau gagal tu mende biase la)

sekian dari hamba yg lemah lagi hina.....

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, May 11, 2006

man of the match

Image and video hosting by TinyPic

Skarang ni tgh pukul 1.12 pagi, hari khamis… mase ni aku tgh saje2 layan lagu ACAB tajuk ‘fight for your right’.. lagu yg aku amek kat zikri… takder la sdp sgt lagu ni.. tapi sebab video klip dia pasal penyokong anwar ibrahim tgh ‘fight for the right’… right of justice, human right, right to freedom and so on… itulah yg membuatkan lagu ni unik,… opss… aku bukanlah penyokong anwar, sebab sampai arini aku still tak tau same ade dia betul2 bersalah atau tak.. klu dia bersalah pun dia mesti dilayan dgn adil… tapi aku adelah penyokong islam…

Sejak 2,3 ari yg lepas… aku ade satu tabiat baru dalam idup aku… tabiat tu diilhamkan oleh permainan bola sepak… atau lebih specific lagi aku dapat ilham ni mase main game bola sepak winning eleven di mana setiap perlawanan dimenangi akan ternobat seorang ‘man of the match’, iaitu pemain yg menyumbang kepada kemenangan team tu atau player yg paling perform sekali dalam match tu… (tapi kalau nak ikutkan, aku la yg sebenarnye man of the match tu sebab aku yg main game tu smpai menang!)

tabiat aku tu adelah begini….aku anggap dalam satu ari, idup aku bermula pade pukul 12 pagi, dan berakhir pade kul 12 tgh malam… dalam tempoh tersebut aku akan mencari dan menamakan ‘man of the day’ iaitu org yg PALING MEMBUATKAN AKU GEMBIRA atau org yg PALING BERMAKNE BAGI AKU pade hari tersebut… tapi ‘permainan’ ini kdg2 susah gak… sebab aku ‘terpakse’ menamekan sorang saje ‘man of the day’ tersebut… tak kire la manusia tersebut adelah driver bas ke, penjaja kat kota raya ke, makcik cleaner ke, budak kecik ke, pustakawan ke…. Sesiape saje aku boleh nobatkan sebagai man of the day aku…

Penah pade satu hari, mase tuh pagi2 lagi, adela sorg insan ni telah membuatkan aku senang hati… then aku terus yakin bahawe insan tersebut adelah man of the day aku, then rupa2nye tengah hari tu aku terus ‘dingin’ gaduh ngn dia sebab salah paham yg ‘ciput’ je… pengajarannye ialah, tunggulah sampai saat2 terakhir pukul 12.00 tgh malam untuk membuat keputusan, siapakah man of the day anda…!!! Tapi mmg betul, insan tersebut adelah man of the day aku pade hari tersebut, sebab malam tu kitorang berdamai balik!!

Then otak aku flashback balik hari2 dalam minggu lepas, sebelum aku bermain ‘game’ ni, then aku ade teringat satu hari tu, malam tu aku telah ‘melepak’ ngn sorang budak name amir. Dlm pertemuan singkat tu baru aku tau rupenye mamat ni mmg best, kelakar, share minat yg same, kene ngn jiwe aku, dan tak byk songeh… then aku terus memilihnye sebagai man of the day aku pade hari tersebut!!! Okey, bai-bai!!!

Sebenarnye tabiat aku ni ade gak moralnye… itu korang pikir sendiri la…

SALEAMT MNCEBUA!! (selamat mencuba)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, May 10, 2006

penari kosmik

Image and video hosting by TinyPic
jam tgn aku yg berjename casio ini menunjukkan pukul 1.30 am… maka secara automatiknya otak aku terus mengestrak dari kiraan hari petama aku wujud di dunia ini sampai detik masa terkini bahawe sesungguhnye arini 10 haribulan 5 tahun 2006.

Yazid baru je kuar dari bilik aku… at least bile mamat tu melepak2 kat bilik aku sampai lewat tgh mlm ni takder la ku tido awal, boleh gak bace2 buku sikit bersempena ngn pesta carnival test2 yg bakal memenuhi jadual waktu dalam minggu depan… lagi pun kitorang ade dalam 5 minggu je lagi nk blaja sebelum final exam yg sungguh dasyat itu menjelma.

Siang tadi adelah hari yg agak tough bagi aku… sifatnya adelah seperti ala-ala kecipanan gitu… mane taknye, siang tadi je dah berlaku 3 bijik perkare besar yg membuatkan aku serabai dan tension… nasib baik aku tak sampai tahap biol dan sewel pada tahap 86.3 milibar. Dalam kate yg lain, aku still bertindak bijak menghadapi mehnah dan tribulasi hidup tersebut.. tahniah kepade diriku… tibe….

Pagi tadi mase kelas PIL 2 ade budak distribute borang survey budak2 saikology nyer reseach, so aku pun jawab la soklan2 survey tu yg menggambarkan bahawasanye ‘ketenangan’ idup aku ini sedang ‘teragut’ sejak kebelakangan ini… siapa yg meragutnya aku pun tak sure…mungkin seekor kambing hitam gamaknye…

Lantas aku pun terus berfoya2di malam hari dgn menonton citer reality ty ‘my team’ kat tv3… wah!! perlulah aku tido skarang kerana 2 bijik bola mata aku yg besar ni dah ‘lip lap’ mcm lampu neon indah (mate kanan aku kaler hijau, mate kiri aku kaler kuning).

Opss…, sebelum aku tido, meh sini aku cite kt korang ape yg aku terbace tadi:
Salah satu care nk kusyuk dalam solat ialah dgn mengambil ‘wuduk batin’. Apebile kite berwuduk, kite membasuh anggota fizikal ngn air, itu wuduk zahir. Tapi ade gak wuduk batin bile kite membasuh anggota fizikal mase berwuduk, iaitu dengan cara:

-bertaubat
-menyesali dosa yg kite lakukan
-Tidak tergila2 akan dunia
-tdk mengharapkan/mencari pujian dari manusia
-meninggalkan sifat bermegah-megahan
-Meninggalkan sifat khianat dan menipu
-meninggalkan sifat dengki

Okey, dah boleh tido dah, selamat berjaya… jom jerit ramai2:

“IASLM UGNUGL!!” (islam unggul)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Saturday, May 06, 2006

jubah antekesuma sufi

Image and video hosting by TinyPic
gambar sebuah kedai runcit kat brazil... cube tgk betul2.. kedai ni ade jual bola.. tgh tergantung kat atas siling...

Hari ahad, zaman terkini… 2006 tahun selepas kelahiran nabi isa a.s...

Mase aku tgh tulis bende alah ni (kat bilik aku), jam tangan casio yg dihadiahkan oleh abg aku 5 tahun yg lepas ni menunjukkan jarumnye pada pukul 1.49 pagi.. tapi otak aku terus berfungsi mengatakan bahawa skarang pukul 1.44 pagi.. sebab aku tercepatkan 5 minit mase setkan jam ni dulu… tapi kadang2 jam ni rosak jugak….

Penah aku datang lambat ke kelas sebab jam ni telah menipu aku… sebab tu aku kene always aware kat jam ni… time is very very important for me… mesti tak ramai yg tau aku ni susah nk bukak jam tgn yg aku pakai ni… seingat aku dah dekat sebulan dah aku tak bukak2 jam ni dari tgn aku! Klu abg aku tau mende nih mesti dia bangge!

Pukul12 tadi aku telah melakukan satu tabiat yg dah lame aku tinggalkan…Dulu2 mase zaman mude2 aku kat uia tgh2 mlm dalam kul 12 tu mesti aku rase bosan dan tertekan.. sebab ape ntah aku pun tak sure, sebab banyak sgt faktor2 yg menyumbang kepada ‘kebosanan’ dan ‘kemurungan’ tersebut… mungkin juga pukul 12 mlm tu adelah kemuncak otak aku jadi biol menanggung dan menghadapi waktu2 seharian dari bgn tido tatkala pagi sampai tgh mlm tu…

olih sebab tu dulu asal pkul 12 or 11 mlm ke atas je aku akan melarikan diri aku dari ‘org ramai’ sorang2 pegi kafe… tujuannye adelah satu je: mendapatkan makanan halal untuk dimakan… bukan sebab lapar, tapi sebab nk ilangkan tension… padahal aku dah makan dah pukul 8 or 9 tadi… di samping itu ia juga MUNGKIN berhasil utk tujuan menambahkan berat badan aku nih…. Tapi malangnya tujuan yg murni untuk menambahkan berat badan tersebut tidak berhasil!!!

Tatkala aku asyik menarikan dua tiga ketul jari aku atas keybod buruk ni, baru aku teringat satu name yg tetibe ‘menggerunkan’ aku: ABDUL GHAFUR HAMID. Oh ye, ari selase nih nk kene hantar asainment… dan aku tak taip lagi asainment tu… heheh.. okey chow dulu, aku nk taip asainment ni!!

“MMEBCAA MENMAABH IMLU” (membaca menambah ilmu)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Friday, May 05, 2006

imahku...

4/5/2006

Hari ni kelas aku pukul 10, kelas publik internasional law 2, pastu pukul 11 aku patutnye ade kelas public internasional 1 plak, tapi kelas x jadi sebab lekterer pegi seminar ke konferense ape ntah… abis je kelas kul 11 pagi tadi aku ikut pai, yazid ngn dayat pegi makan.. kire sarapan la kot walaupun dah pukul 11. tetibe je aku tersarapan pagi, walaupun aku nih bukannye jenis yg sarapan pagi… patut la body aku ni kurus je…

Pastu aku pegi kuar duit gune buku kat bank muamalat.lepas tu ikut yazid masuk kedai maxis amek borang register sim kad, pastu ikut pai ngn dayat belek2 magazine kat kedai kat situ…. Pastu pegi library… pastu pegi tutorial… terus dapat asainment ngn presentation… kene anrar and present ari selasa minnggu depan… pastu pegi kedai potostet ngn izad, pastu pegi stad, pastu jumpe sofi, ikhwan, roslan, razik, abg adley, abg danial, abg mazli, ustat zainuddin, izad pun ade,

Pastu aku send mesege kat pakcik ariffin kate tak jadi jumpe dia arini… Pastu jumpe hazil kat ITD sebab dia keje kat situ rupenyer!! Hari ni dapat emel from adik aku halimah… ni ha emel dia yg dia antar:

abg jib...
he...he..he..
blk bila????
kat rmh tv. 9 & t.v 8 dah ada...
kat sana klau nak gn internet kn byr ker dak?
bye2...

Pastu aku reply balik:

ye ke? macam mane tetibe boleh ade tv8 ngn tv9 tu? sape yg buat? tapi tivi tu buruk la... sebelum mak beranak mu lagi abah dah beli tivi tu kat pahang....

tgk la kalau ade cuti... kalau aku rajin aku balik la....

kat uia ade lab komputer, tapi tak banyak komputer dalam dia, sebab student lagi byk dari komputer. kalau gune komputer kat lab ni tak payah bayar duit. kat uia pun ade gak CC, tapi kene bayar la... sejam rm 2. (habis dekat sini je reply surat)

Pastu kat satu kaki lima mase aku tgh jalan2 ade sorang budak jerit kat aku: GNOBMOS!!!!

Dulu ade budak ajar aku cakap Sarawak:

Kamek- saya
Kitak- awak
Aok- ya
Sik- tidak
Sik da- takder
Balit- balik
Tauk- tahu
Agik- lagi
Lok- dulu
Tek- tadi
Tok- ini
Sitok- sini
Sinun- sane
Siney- kat mane
Kejawak- comel
Kacak- lawa/hensem
Nya- dia
Embak- bawak
Kepak- penat
Tetak- ketawa
Ngegeh- mengada
Suk- suke
Alu- sangat
Cakak- kelakar
Madah- beritahu
Polah- buat

Sekian…

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, May 04, 2006

GNOBMOS!!!


Hah, yang ni aku dapat mase godek2 komputer abg aku…

di rusia, ahi sains mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak.

Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.

Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan.

Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.

Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu.

Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana.

Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.

“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.

Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342), bagi sesuatu rawatan biasa.


kabinet negara islam pertama di dunia, madinah

ketua Negara:
Muhammad rasullullah

menteri2:
abu bakar as-sidiq
umar al-khattab

hakim mahkamah:
Abdullah bin naufal and others

majlis perwakilan:
hamzah bin abdul mutalib
jaafar bin abu talib
umar al-khattab
usman bin affan
ali bin abu talib
Abdullah bin mas’ud
huzaifah al-yaman
abu zar al-ghifari
miqdad al-aswad
bilal bin rabah
aisyah binti abu baker

urusan2 eksekutif:

bendahari Negara:
abu ubaidah al-jarrah

jurubahasa:
zaid bin thabit

setiausaha Negara:
harith bin auf al-marj
hanzhah bin rabi’ (wakil)

setiausaha2:

dalam negeri:
abu dajnah al-saadi
siba’ bin urfazhah

luar negeri:
ali bin abi talib (hubungan persahabatan)
Abdullah bin arqam (hubungan luar negeri)
shurahbil bin hasanah (surat2 perwakilan)

pertahanan:
Abdullah bin jahsy
ubaidah bin harith dll

ekonomi:
huzaifah al-yaman (pertanian)
al-mughirah bin abu shu’bah (perdagangan) dan transaksi)
husain bin numair (sama)
‘ila bin utbah (pendaftaran perusahanpenduduk)
abdullah binarqam (sama)

kewangan dan social:
zubair al-awwam (zakat)
jahm bin al-syalt (sama)
mu’iqib bin fatimah (penghasilan lain)
kaab bin umar al-ansari (pengeluaran Negara)
pendidikan:
hakam bin saad (guru di madinah)
syifa’ dan ummu sulaiman (guru wanita)
ubadah bin syamit (guru agama)

kesihatan:
harith bin kindah
rufidah al-islami (palang merah)

penerangan:
hassan bin thabit (penyair)
Abdullah bin euwadah ( sama)
Kaab bin malik (sama)
Thabit bin qais (juru penerang)
Muaz bin jabal (hokum halal – haram)
Abdullah bin abbas (pentafsir al-quran)
Zaid bin thabit (hukum waris)
Abdullah bin mas’ud ( penghimpunan al-qur’an)
Ubay bin kaab (sama)

Keamanan dan pengawasan:
Qais bin saad bin ubadah (pengawasan)
Umar al- khattab ( pengawasan susila)

Perkhidmatan awam:
Usman bin affan
24 org pencatat al-quran
10 orang protocol
huzaifah al-yaman (penolong peribadi)

gabenor2 wilayah:
utab bin usaid (mekah)
bazan bin sasan (yaman)
khalid bin said al-ass (najran)
zaid bin lubaid (hadramaut)
abu musa al-shaari (maghribi dan aden)
muaz bin jabal (yaman)
ya’la bin umayyah (al-jundi)
umar bin shihar al-hamdani (hamdan)
amru bin hazmin ( hajran)
zahir bin abi halah (aka dan asy’arin)
abu sufyan bin harb (najran)
akashah bib thur (sakasik dan sakun)
‘illa bin hadhrami (bahrin)
yazid bin abu syfyan (tihamah)
amru ibnul-ass (oman)
wail bin hajr al-hamdani (hadramaut)
abu baker as-siddiq (pemimpin ibadat haji pada 9 hijriah yg bertaraf gabenor)

duta-duta dan wakil istimewa: 23 orang

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic