detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, March 07, 2006

world...

Image hosting by TinyPic

ni mase final match world cup 1998... mase nih brazil lawan perancis, brazil kalah 3-0... saje je boh gambar klasik nih,,, yg terbang atas ronaldo tu fabien barthez, goal keeper perancis, ex-goal keeper manchester united. lepas world cup 1998, dia terima anugerah penjaga gol terbaik. oliver khan dari jerman pun pernah dapat anugerah ni mase worldcup 2002.

apa yg ada jarang disyukuri...
apa yg tiada sering dirisaukan....
nikmat yg dikecap baru kan terasa bila hilang...
apa yg diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman.

dunia ibarat air laut...
diminum hanya menambah haus...
nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir.

panas yg membahang disangka air...
dunia dan nafsu bagai bayang2...
dilihat ada dipegang hilang.

tuhan leraikanlah dunia yg mendiam di dalam hatiku...
kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta...
hanya cinta-Mu ku harap tumbuh dibajai bangkai nafsu yg ku bunuh...


-song titled antara 2 cinta, by the zikr a.k.a raihan

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Monday, March 06, 2006

15:03 kasih sayang

assalamualaikum...

Image hosting by TinyPic
hari ni hari selasa. esok hari rabu. pastu kamis,pastu jumaat.pastu sabtu,pastu ahad, pastu isnin, pastu selasa balik... tiber!! bulan ni bulan march... kalau kat kuala lumpur:

1 hingga 5 hb subuh masuk pukul 6.08, syuruk pukul 7.23, zohor pukul 1.29, asar pukul 4.43, maghrib palik pukul 7.28, pastu isyak masuk kul 8.38.
6-10hb, subuh 6.07, syuruk kul 7.22, zohor 1.28, asar 4.40, maghrib 1.28, isyak kul 8.37.
11-15hb subuh kul 6 lima minit, syuruk 7 dua puloh, zohor kul 1.27, asar kul 4.37, maghrib kul 7.27, isyak kul 8.36... dah malas dah nak tulis,,,,

konsep usrah:
1.Ikatan kekeluargaan atas dasar ukhuwwah
2.Kumpulan kecil antara 5-10 orang
3.Unsur utama dalam Tarbiyyah Islamiyyah

matlamat usrah:
Pembinanaan keperibadian Muslim soleh wa musleh.
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan 10 ciri keperibadian Muslim seperti berikut:
1. Kuat tubuh badan
2. Mantap akhlaq
3. Pemikiran yang intelek
4. Mampu berdikari
5. Aqidah yang sejahtera
6. Ibadah yang benar
7. Bermujahadah terhadap hawa nafsu
8. Menjaga waktu
9. Bermanfaat kepada manusia lain
10. Kehidupan yang bersistematik

rukun usrah:
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan tiga rukun utama usrah iaitu:
 At-Ta’aruf – Berkenal-kenalan
 At-Tafaahum – Bersefahaman
 At-Takaful – Saling lengkap-melengkapi

pengurusan usrah:
Pengurusan usrah meliputi aspek-aspek berikut:
 Mengenalpasti ahli-ahli usrah – sebaik-baiknya menerusi dakwah fardhiah
 Mengenalpasti masa dan jangkamasa usrah
 Mengenalpasti bahan-bahan usrah – berdasarkan silibus yang bersistematik
 Mengetahui bagaimana merangsang dan memotivasikan ahli-ahli usrah
 Mengambil nota-nota pengisian dan maklumat ahli-ahli usrah
 Mempelbagaikan program-program tambahan
 Membuat kajian semula prestasi usrah

usrah yg berkesan:
Antara ciri-ciri usrah yang berkesan ialah:
 Wujudnya proses timbal balik (feedback) dari ahli
 Wujudnya pertautan rapat ahli kepada usrah (looking forward)
 Wujudnya peningkatan kefahaman, amal, akhlaq, keterampilan, iltizam dan pengorbanan
 Usrah semakin membesar dan bertambah (budding effect)
 Wujudnya budaya muhasabah
 Wujudnya ahli yang kritikal, inovatif serta cakna terhadap masalah ummah
 Hidupnya budaya syura sesama ahli
 Wujudnya kepercayaan (tsiqah) ahli terhadap naqib
 Ukhuwwah yang erat dijelmakan secara praktikal
 Wujudnya ahli-ahli usrah yang bermotivasi tinggi
 Hidupnya budaya ghairah kepada ilmu

naqib yang berkesan:
Menurut Syeikh Abdul Muna’im dalam kitab Tazkiratun Naqib, tujuh idealisma seorang naqib atau mas’ul yang mithali ialah:
 Memiliki air mata seorang abid yang banyak bertahajjud
 Memiliki ketepatan dan ketajaman indera seorang ahli politik yang pintar
 Memiliki ketangkasan dan kepetahan seorang pendebat
 Memiliki kewarakan dan tawadu’ seorang ‘alim
 Memiliki simpati dan ihsan seorang ayah (terhadap anak buahnya)
 Memiliki keberanian dan kegigihan sebagai seorang pejuang
 Memiliki ketelitian seorang faqih
…… kalau tidak, beliau adalah seorang qudwah yang cacat.

program tarbiyyah:
1. Usrah
2. Katibah (Pengukuhan Rohani)
3. Daurah (Seminar Khusus dan Seminar Umum)
4. Rehlah (Rekreasi)
5. Mukhayyam (Perkhemahan)
6. Riadah

daurah:
Tajuk-tajuk cadangan bagi pengisian daurah adalah seperti berikut:
Seminar Fiqh
1. Taharah, Solat, Puasa, Haji
2. Fiqh Wanita
3. Baitul Muslim
4. Sistem Kekeluargaan Dalam Islam

Seminar Kefahaman Islam
1. Tasawwur Aqidah Islam
2. Islam Ad-Din Yang Syumul
3. Syariah Islamiyyah
4. Da’wah Islamiyyah
5. Tarbiyyah Islamiyyah
6. Jihad Dan Kekuasaan
7. refer buku2 binded

katibah:
bahan2 rujukan utama:
Al-Qur’an
1.Tafsir Al-Munir
As-Sunnah
1.Hadith 40 - Terjemahan Dan Syarahnya, Imam Nawawi & Mustafa ‘Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar,
Akhlaq
1. Riyadhus Salihin, Imam Nawawi, Pustaka Nasional Singapura,
2. Sistem-Sistem Islam, Abu ‘Urwah, Pustaka Salam,
Kefahaman Islam
1. Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Fathy Yakan, Pustaka Salam,
2. Asas-Asas Kefahaman Islam, Abu ‘Urwah, Pustaka Salam, 1988
3. Sistem-Sistem Islam, Abu ‘Urwah, Pustaka Salam.
4. Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’lim.
5. Binded books also
Sirah
1. 10 Sahabat Dijamin Ke Syurga
2. Fiqh Al-Sirah, Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Dewan Pustaka Fajar,

aspek utama pengisian:
Pengisian usrah merangkumi ENAM aspek utama dalam Islam iaitu:
1. Akidah
2. Al-Qur’an
3. As-Sunnah
4. Akhlaq
5. Kefahaman Islam
6. Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic