detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, March 31, 2005

O R E N

Image and video hosting by TinyPic

penat siot lukis kepale batman gune paint!!! akhirnye jadik gak! hahaha!!
gambar ni diambek oleh ashrani mase akhi mentoring 2, 2006, kat iium...

Ini adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.
InsyaAllahuta'ala kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini, Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSUJ
angan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

8.2 ...

KUALA LUMPUR 28 Mac - Gempa bumi kuat berukuran 8.2 skala Richter di laut utara Sumatera menggegarkan pulau itu serta Semenanjung Malaysia selain kawasan pantai Sri Lanka, selatan India, Singapura dan pantai Thailand.

Gegaran pada kira-kira pukul 11.09 malam waktu tempatan (12.09 tengah malam waktu Malaysia) boleh mengulangi ancaman tsunami yang melanda beberapa negara Asia 26 Disember lepas dan mengakibatkan 300,000 orang hilang atau maut.

Ia akibat gempa berskala 9 Richter berpusat di kawasan yang sama.Pihak berkuasa negara-negara terlibat termasuk Malaysia memberi amaran kepada penduduk pesisiran pantai yang berpotensi dilanda tsunami supaya mengambil langkah-langkah perlu.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai di sekitar kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.``Gempa bumi ini berpotensi untuk menghasilkan tsunami yang boleh memusnahkan,'' jelas kenyataan itu.

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

astora anak syaitan...???

astora anak syaitan?

Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam.

Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Sunday, March 27, 2005

nafas kejora...

askum...

rahsia hidup lama...

bila wartawan bertanya,,,
apa rahsia bleh hidup lama?
dia menjawab sambil berbangga dgn rekodnya,,
aku miinum arak dan berjudi,,,
sbenarnya point nya senang saja...iaitu dia rasa gembira,,,
gembira jadikan hati gembira,,,akal sihat..
jadi? nk hidup lama...gembira selalu...

i love u...

mcm nih...
saya berkenalan dgn seorang pelajar lelaki dari senegal...
saya masih ingat lagi pertemuan kami...
saya puji pasukan bola sepak negaranya, senegal, kerana berjaya pergi jauh untuk piala dunia...disamping menewaskan juara lama...peramcis..!! hebat bukan bagi sebuah pasukan yg pertama kali sertai kejohanan ini!!

kami bertemu lagi...
kali ni di depan librari...
dia minta saya ajarkan bahasa melayu,,
i love u,,
di dalam bahasa melayu di sebuy AKU CINTA KAMU!!
kemudian dia minta beredar...
saya lihat dia berlalu...menegur seorang perempuan melayu...
saya masih ingat dan dgr kata2nya...
SAYA CINTA KAMU...
terpinga2...perempuan tadi malu2...

kami bertemu lagi...
kali ni dekat kafe...
dia bertanya,,,
tak makankah?
oh, saya hanya menjawab...
"tak tahu nk makan apa...!!"
dia lalu menyaran...:
knapa tak makan nasi goreng?
saya menyoal:
sedapkah makanan malaysia?
dia menjawab:
ya, sgt sedap!! tgklah, kami di sini semua makan nasi goreng, sgt sedap!!
saya berasa bangga...

kemudian dia bercerita pasal poligami..
katanya...
lelaki dibenarkan kahwin lebih dari 4..
knapa tidak perempuan bersuami lebih dari sorang?
mana munkin katanya... nnti anak tu tak tahu siapa bapanya,,
orang lain lagi lah tak tau...yg mana satu bapanya...
rosak nasab!

saman...

kisah satu,,,
seorang ibu sgt marah kepada anaknya yg malas belajar lagi bengap..
si ibu berjanji...
klu kamu mendapat sekian2, kamu akan dapat sebuah komputer,,,
si anak berjaya akhirnya,,
si ibu gagal tunaikan janji...
sebab ibunya miskin tidak berwang!!
si anak mengambil tindakan ke mahkamah...
hakim cakap...
jgn buat begini kepada ibu kamu...
tak baik,,saya takkan mahu debgar kes kamu,,,
tak perlu datnag ke mahkamah,,
selesaikan secara bijak..
ini berlaku di cHina..

kisah dua juga di cina..
tapi tak kena saman pun...
siibu berkata kepada 2 orang anaknya,,
makanlah sup katak, kamu akan bertambah sihat...
sianak pun mati akibat keracunan...
katak beracun rupanya,,
nasib baik si ibu tak sempat makan lagi..
nasihat saya...jgn makan katak..

kisah 3...juga di cina..
si lelaki berkahwin dgn seorang perempuan rupawan,,,
lahirlah anak pertama mereka,,,
wajahnya hitam dan hodoh!!
silelaki tidak mengaku itu anaknya,,
katanya si isteri curang,,,
si isteri tak than lagi di tuduh begitui,,,
lalu mengaku..
ini anak kita,,,rupanya hodoh kerana saya pun sebenarnya hodoh,,,
tapi cantik selepas pembedahan plastik...
si suami bertambah nmarah,,
lalu mengambil tindakan ke mahkamah...
kerana menipu dirinya sewaktu perkahwinan...
moral,,,jgn menipu,,,nnti semua akan tahu kita menpu..

em... aku terpaksa pergi dulu...sekian..

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

detik..

assalamualaikum...

detik2 pun berlalu...saat...minit...jam...hari...minggu..tahun...
ada suka dan duka..tapi yg surenye mender2 tu ader pengajaran dan hikmah untuk difikirkan...
prinsip aku...tak guner hidup di dunia klu tak gembira,,,klu zaman skarang nih, tanyer je pemegang rekod dunia manusia idup paling lama...mesti diorang ckp diaorang buat somting dalam hayat diorang,,,yg menggembirakan,,,
so be happy,,,

seorang kawan mengingatkan,,,bila kita didalam kemurungan dan kesusahan...

klu kita ni bercinta, bercintalah dgn allah..
klu kita nk ber bicara dgn seseorang, bacalah alquran..
klu kita perlukan kekuatan...berdoalah kepada allah..
klu itu pun kita tak rasa apa2, bertawakallah kpda tuhan..

saya pernah terbaca...

bagaimanakah kita hendak bercakap dgn allah?
iaiyu bila kita didalam solat..
bagaimanakah allah berbicara dgan kita?
iaitu bila kita membaca alquran(kerana quran tu kalamullah)

kawan saya pernah beritahu 3 konsep halawatul iman...iaitu kemanisan iman..
salah satunya ialah mencintai allah dan rasul melebihi segalanya,,,
org2 sufi zaman sahabat,tabiin dan selepasnya asyik bersajak tentang cinta dan kebesaran tuhan,,,
bila ada yg mengganggu percakapan mereka atau ibadat mereka, segera ditegah...
kenapa?
sebaab walau sedetik mereka berhenti memuji dan mengingati allah, pasti mereka akan mati..
sebab itu ramai sufi2 yg lari menyendiri tinggal di dalam gua,,supaya tiada seorang pun yg menganggu mereka..

hebatnya cinta mereka bukan?
begitu juga hebatnya taqwa mereka, iaitu takutnya kepada allah...
ramai dikalangan mereka sehingga tak mampu tidur malam kerana asyik beribadat dan resah, takutkan api neraka allah!!

hebat sanagtkah sturga,,,?
tentulah hebat, itu ganjaran bagi yg taat kpda allah..
apa2 saja kita minta mesti dapat..
hidup sentiasa muda...
tak ada sakit dan miskin,,
tak ada sedsih,,kecuali gembira belaka..
itulah kejayaan hakiki..!!!

wassalam...

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Friday, March 11, 2005

angin sakti...

angin sakti...

aku masih berdiri...
di sini, ditepian sebuah pantai...

biar terik mentari membakar jasad
biar angin lalu menggigit tulang

kerana aku menunggu angin sakti datang melayangkan badanku ke langit
kerana aku mahu api suci membakar tubuhku

biar angin sakti menghembus air mata
biar api sakti membaham
sehingga langsung kering
tinggal semua kenangan lalu...

lalu aku pun melayang dibawa angin sakti
bersama burung2,
lalu mencemuhlah mereka kepada ku..
"tiada sayap lagi berat mahu terbang?
tau tak kau akan jatuh?"
namun aku hanya berdiam..

lalu dimalam hari,
api suci membakar tubuhku
melepaskanku dari kedinginan malam...
sehingga aku dapat memetik bintang2,
bersapa dgn bulan,
tinggal dikayangan,
tak mahu lagi pulang...

namun aku harus mencuba,
biar seribu kali terdampar dipasir2 pantai
,biar seribu kali lemas dilautan,,,
lepas jatuh dari langit...

mataharipun ketawa...
awan2 pun terkekeh,
siang pun mencemuh,
namun bintang2 akan menangis,
bulan akan sayu,
malam akan berduka,
simpati...
mendengar jerihan aku...

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

new born

Darimu hanya untukmu…

Ambillah titisan air matamu yg terakhir…
Lalu kau jadikanlah ia tinta,
Cabutlah satu tulang rusuk kirimu…
Lalu kau jadikanlah ia pena…
Potonglah sebahagian hati mu,
Lalu kau jadikanlah ia kertas…
Lalu tulislah engkau suara hatimu…

Lalu serulah olehmu akan merpatimu…
Sisipkan suratmu padanya…
Lalu kau lepaskanlah ia terbang ke angkasa…
Lihatlah ia terbang,
Sehingga menghilang di balik awan..

Lalu berlarilah engkau ke padang luas…
Melututlah engkau ditengah-tengahnya…
Depakanlah tanganmu seluas2nya…
Pejamkanlah matamu setenang2nya…

Nescaya tatkala kau bukakan mata,
Dapat kau lihat di balik awan,
Datangnya seekor helang terbang turun kepadamu..
Mengibas2kan sayapnya
Membawa warkah dari kayangan
Hanya untukmu…


Heh..heh..wassalam…!!

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic