detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, March 31, 2005

8.2 ...

KUALA LUMPUR 28 Mac - Gempa bumi kuat berukuran 8.2 skala Richter di laut utara Sumatera menggegarkan pulau itu serta Semenanjung Malaysia selain kawasan pantai Sri Lanka, selatan India, Singapura dan pantai Thailand.

Gegaran pada kira-kira pukul 11.09 malam waktu tempatan (12.09 tengah malam waktu Malaysia) boleh mengulangi ancaman tsunami yang melanda beberapa negara Asia 26 Disember lepas dan mengakibatkan 300,000 orang hilang atau maut.

Ia akibat gempa berskala 9 Richter berpusat di kawasan yang sama.Pihak berkuasa negara-negara terlibat termasuk Malaysia memberi amaran kepada penduduk pesisiran pantai yang berpotensi dilanda tsunami supaya mengambil langkah-langkah perlu.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai di sekitar kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.``Gempa bumi ini berpotensi untuk menghasilkan tsunami yang boleh memusnahkan,'' jelas kenyataan itu.

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

0 Comments:

Post a Comment

<< Home