detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Friday, March 11, 2005

angin sakti...

angin sakti...

aku masih berdiri...
di sini, ditepian sebuah pantai...

biar terik mentari membakar jasad
biar angin lalu menggigit tulang

kerana aku menunggu angin sakti datang melayangkan badanku ke langit
kerana aku mahu api suci membakar tubuhku

biar angin sakti menghembus air mata
biar api sakti membaham
sehingga langsung kering
tinggal semua kenangan lalu...

lalu aku pun melayang dibawa angin sakti
bersama burung2,
lalu mencemuhlah mereka kepada ku..
"tiada sayap lagi berat mahu terbang?
tau tak kau akan jatuh?"
namun aku hanya berdiam..

lalu dimalam hari,
api suci membakar tubuhku
melepaskanku dari kedinginan malam...
sehingga aku dapat memetik bintang2,
bersapa dgn bulan,
tinggal dikayangan,
tak mahu lagi pulang...

namun aku harus mencuba,
biar seribu kali terdampar dipasir2 pantai
,biar seribu kali lemas dilautan,,,
lepas jatuh dari langit...

mataharipun ketawa...
awan2 pun terkekeh,
siang pun mencemuh,
namun bintang2 akan menangis,
bulan akan sayu,
malam akan berduka,
simpati...
mendengar jerihan aku...

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

0 Comments:

Post a Comment

<< Home