detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Friday, September 29, 2006

stop bleeding now

Image and video hosting by TinyPic
Burry the pain

Aku bace dalam surat kabar baru2 ni. Bahkan ramai lagi yg bace surat kabar mcm aku bace. Bekas kapten pasukan kebangsaan England, David beckham telah digugurkan dari skuad kebangsaan. Make menurut beckham, sedih yg teramat la die, sehingga seperti hidupnye tak normal lagi.

Beckham tak dapat terime kenyataan apebile melihat jersey nombor tujuh yg pernah disarungnya untuk sekian lama kini dipakai oleh pemain muda bername owen hargreaves (mcm ni ke eja name dia?). Lebih sedih lagi bile beliau melihat bekung kapten england kini dipakai olehjohn terry. Make beckham kini seolah2 fobia, trauma dan sewel bile melihat skuad bolasepak England sekarang, kerane beliau tidak lagi berade di antare mereka, sejak 10 tahun mengepalai pasukan tu.

Manakan tidak, segale memori manis dan pahit maung telah pun dirasai untuk tempoh yg lame sejak berade dalam skuad tu. Make oleh sebab itu beliau byk melampiaskan perasaan sedihnye itu kepade isterinye Victoria dan juge teman baiknye iaitu seorang pelakon holywood tom cruise, yg menurutnye sentiasa berfikiran positif dgn memberikan dia motivasi, peransang dan ketenangan. Tapi maybe dia akan dipanggil semule masuk dalam skuad tu kalau skuad yg ade skarang ni main mcm hampeh dan asyik kalah je.

Make bile aku graduate dari iium nih aku pun amat sedih jugak, mcm beckham yg digugurkan dari skuad kebangsaan England. Make aku pun akan berpisah dgn bilik aku, kawan2 aku, dgn lekterer2, dgn member2 akhi, dgn adik2 akhi, mak bapak diorang, dgn bangunan2 iium, dgn makcik2 cleaner, dgn makcik kafe, dgn akak jage potostet, dgn akak/abang jage kios, dgn staff2 AIKOL, ROVAS, SDEV, IP, A&R, IFSU, bank, transport unit, SHAS mosque, library, etc.

Make aku pun akan dibelengu kesunyian, kesepian dan kedukaan yg mungkin menyebabkan aku akan trauma dgn suasane… semoga tuhan mengekalkan aku sentiasa dlm keadaan gembire (amin).

Alangkah senyapnya lautan tanpa ikan. Betapa kosongnya langit tanpa burung. Hakikat sunyinya manusia jika keseorangan Sunyinya ayahbonda di desa ditinggalkan anak2 ke kota Sunyinya seorang isteri ditinggalkan suami kerana bekerja Sunyinya si yatim piatu tiada bapa dan bonda Sunyi lagilah si mati di dalam kubur, kerana ingkar semasa hayatnya. Dicengkam kegelapan, kesakitan dan kesengsaraan.


Paper bag

Republic of Singapore
Register number: 235820
Certificate of extract from register of births
Registration area: Singapore
Registration sub-area: rural paya lebar police station
Full name of child: (name mak aku)
Sex: female
Father’s name: kamsi bin hj. A. Samat.
Occupation: M. H. attendant
Race: Javanese
Country of birth: java
Nationality: dutch subject
Mother’s maiden name: sikam binti marati
Age: 23 years
Race: Javanese
Country of birth: java
Nationality: dutch subject
Date of birth: 26th may 1951
Hour of birth: 6.15a.m
Name of informant: kamsi bin hj. A. Samat
Address of informant: 289-U, Trafalgar estate, yio chu kang road, 8 M.S.
Race of informant: Javanese
Place of birth: Singapore
Street and town: 289-U, Trafalgar estate, yio chu kang road, 8 M.S.
Home address of parents: -Do-
Certified to be a true extract from the register of births,
Lee yew weng, registrar of births and deaths Singapore
Registrar’s office, 25 nov 1975

Borang M
Negeri2 tanah melayu
Perakuan beranak
Ordinance pendaftaran beranak dan mati 1957
Sekshen 32(1) dan 33(5); aturan 16
Daftar nombor: 2519/56/48
Kawasan pendaftaran: kedah
Kawasan kechil: balai polis kuala muda
Nama penoh kanak2: (name bapak aku)
Jantina Male
Tempat dilahirkan: kg. sg. Mas
Tarikh dan waktu dilahirkan: 18 hb ogos 1948
Nama bapa: mat bin taib
Kad pengenalan nombor: -
Warna: -
Lain2 jenis suratan pengenalan: -
Pekerjaan: bendang
Bangsa: malay
Nama ibu sebelum kahwin: eshah bt. Din
Kad pengenalan nombor: -
Warna: -
Umor: -
Lain2 jenis suratan pengenalan: -
Tempat tinggal yang biasa: -
Bangsa: malay
Nama pemberitahu: mat bin taib
Pekerjaan: bendang
Kad pengenalan nombor: -
Tarikh pendaftaran: 26 hb ogos 1948
Nama kanak2 selepas pendaftaran beranak dibuat: -
Diperakui sebagai salinan benar bagi catitan dalam daftar beranak
Tanda tangan, pendaftar besar/penguasa pendaftar

Borang A
Negeri-negeri tanah melayu
Perakuan beranak
(salinan untuk orang yang memberitahu)
Ordinan pendaftaran beranak danmati 1957
Seksyen 14; aturan 7
Kawasan pendaftaran: perlis
Kawasan kecil: P.P kok klang
Nama kanak-kanak: (name aku)
Jantina: lelaki
Tempat dilahirkan: felda cuping
Tarikh dan waktu dilahirkan: ……1983 @ 5.28p.m
Nama bapa: (name bapak aku)
Nombor kad pengenalan bapa: 0786072
Warna: biru
Lain-lain jenis pengenbalan bapa: tiada
Pekerjaan bapa: mekanik
Keturunan bapa: melayu
Nama ibu: (name mak aku)
Umur: 32 tahun
Nombor kad pengenalan ibu: 8312525
Warna: merah
Lain-lain jenis pengenalan ibu: tiada
Tempat tinggal ibu yang biasa: no. 251 rumah pegawai felda cuping, perlis
Tarikh pendaftaran: 6hb …….1983
Diperakui sebagai salinan yg benar dari catitan daftar beranak.
Zainudin yaacob, tanda tangan dan jawatan pendaftar, pondok kok klang perlis.


Ram - 1427H (sempene ramadhan)

Engkau ramadhan bagaikan tetamu mulia yg sgt dialukan kedatangan setiap masa. Namun apakan daya tuhan telah menetapkan hadirmu cuma sekali dalam setahun. Saat engkau tiba bergembiralah segenap alam menyambutmu. Lepaslah segala rindu terbuku. Lalu engkau dialu2kan dgn segala kemulian, kerana engkau sendiri dijadikan tuhan mulia. Berkatlah hari2 kami sepanjang engkau bersama kami. Bintang2 pun bergemerlapan terang di malam hari bagaikan lampu2 yg menerangi suatu keramaian. Bulan pula tersenyum memancarkan segala kecerahannya. Buana alam bermeriah dgn zikrullah. Malaikat2 pun bertebaran turun ke bumi. Luaslah pintu2 rahmat dan keampunan dibukakan tuhan. Rahmat pun terpancar ke seluruh alam. Semoga tuhan, mengampunkan segala dosa dalam keberkatan ramadhan yg telah ciptakanNya. Selepas sebulan lamanya engkau bersama kami, akan pergi jua engkau meninggalkan kami pada setiap tahun. Semoga tuhan mengizinkan kita bertemu lagi. Akan berdukacitalah kembali seluruh alam buana. Sebahagian insan pula bagaikan lupa tentang dosa…


Life is forgiveness

Kat bawah ni satu mende yg di post oleh sorang budak mase mule2 akhi yahoogroups dibuke tahun 2003. Aku pun dah tak berape ingat pasal explanation dia tentang ape yg dia tulis ni… tapi layan je lah… (aku bahagikan kepade part 1 and part 2)

PART 1

Sesungguhnya kami berpesan kepada kepada adam pada masa lalu, akan tetapi dia lupa... Dan kami dapati dia tdk punyai azam yg teguh… wahai adam… mahukah aku tunjukkan padamu pohon yg yg menyebabkan hidup yg berkekalan?... Dan kekuasaan yg tidak akn hilang leyap… kemudian mereka berdua memakan buah pohon itu… lalu terdedahlah aurat mereka, dan mereka menutupnya dgn daun2 dari syurga,,. maka derhakalah adam kepada tuhannya, lalu dia tersalah jalan… kemudian tuhannya memilihnya dengan diberi taufik supaya bertaubat, lalu tuhan menerima taubatnya… serta diberi petunjuk…

Demi masa... Sesungguhnya manusia dalam kerugian… Kecuali yg beramal soleh... Dan berpesan2 dgn kebaikan serta bersabar...

Lalu turun lah bala allah yg disempurnakan olehnya jibril keatas kaum2 terdahulu... lantaran keengganan mengikuti perintah2 dari allah...

Aku generasi yg keberapa entah... dua puluh satu tahun lamanya aku hidup di dunia ini... mungkin juga boleh ditambah dengan tempoh 9 bulan lebih kurangnya... ya, waktu aku di dalam perut ibu... ibulah yang membawa aku kesana kesini… di dalam perutnya...

Aku cuba mengaitkan… mmg aku terpaksa juga… kalimah tuhan ‘allah’… sedang dialah yg menciptakanku… dengan sebaik2 kejadian… tapi yg membezakan darjat ku dan yg lain2, adalah taqwa kepadanya… seperti kata tuhanku didalam al-quran.

Lalu aku gelisah, tapi tiada berpeluh… mendengus hembus nafasku di dalam benak sendiri… membekukan hati… mencari2 satu jalan yg bisa membawa aku ke sana, tapi bukanlah ke suatu tempat, tapi kepada satu jalan, yg aku sangat dambakan.

Selalu lah mengingati tuhan ketika waktu senangmu, supaya dia akan mengingatimu ketika waktu susahmu..

PART 2

Brahman itu sgt keras... Belum pernah seumur kita berjumpa orng seperti ini... jgnkan hendak bercakap dgnnya, hendak menatap matanya pun kita tak mahu… Anak2 raja yg kasetria itu pula sangat berani menentangnya...

Raja Siddarta itu... Dia selalu memikir tentang hendak lepas dari cengkaman brahman... serta dari mana datangnya kekerasan... Dia asyik termenung2... sehingga dia lalu memikirkan untuk meninggalkan kemewahan dan kelazatan dunia… Hidup di istana, harta yg berbukit, pengikut yg ramai semuanya tdk berguna lagi...

Istana lalu ditinggalkan... senyap2 sahaja, anak kecilnya dan isterinya langsung tdk tahu... langsung... Walau sedikit! Cukuplah baginya seperti ini... pakaian yg rabak ini, biar pon compang camping, tidak kisah pula baginya, walau berbaring ditempat keras berbatu, walau berduri sekali pun... Tiada lagi bagi nya, utk peduli kepada santapan makanan yg lazat2... semuanya ditinggalkan belaka... sehingga dia hanya menelan sebutir nasi bg seharinya...

Itu ikrarnya...untuk mnyinkap rahsia2 alam raya, dengan menyiksa dirinya, selama 7 tahun yg panjang... Apa yg dia dapat setelah itu? Bahkan sia2 belaka... Tiada apa2 hasil... sehingga akhirnya memaksa pengishtiharan penderhakaan dibuat terhadap janji ikrarnya sendiri... Lalu dia kembali semula berpakaian cantik, tidak mahu lagi mmbunuh nafsunya dgn berlapar... Dia seorang raja... lalu pengikut2nya kecewa...

Usia lanjut adalah adalah penderitaan... Sakit adalah penderitan…
Kematian adalah penderitaan… Berkenaan sesuatu yg tidak disukai adalah satu penderitaan… Berpisah daripada yg dikasihi adalah penderitaan… Gagal mengenali kemahuan adalah penderitaan... Wanita juga adalah sesuatu yg menyeksakan...
-jgnlah engkau memandang mereka.
-Klu kita terpaksa memandangnya?
-Jgn bercakap dengannya.
-klu mereka bercakap dengan kita?
-mestilah engkau berwaspada dgn mereka.

483masihi... Di rajagaha...selepas selesai satu persidangan… kasyapa, upali dan ananda menulis ajaran raga yg tiga (tripikatas), oleh gurunya si sidarta itu... itu jugalah yang dipanggil undang2 pali… sehingga kini…

dah la... nk chow dah! (ni aku yg kate)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

0 Comments:

Post a Comment

<< Home