detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, April 06, 2005

k a k i r e s a h . . .(dongengku, hakikatnya)

Lima pusingan pun dah cukup… bukannya kecil...tapi besar... saiz padang bola... dekat stadium universiti... pelajar melayu macam saya tak ramai sangat tadi... saya pun sekali sekala sahaja…yg ramai ialah pelajar asing... rata2 mempunyai fizikal yg besar dan tegap... berjoging kadang2 hingga berbelas pusingan...!

Saya pernah berbual dgn seorang guru besar sekolah rendah… katanya orang melayu terutama sekai golongan remaja harus mempunyai fisikal yg besar... kerana itu menunjukkan kegagahan...

katanya orang lain akan berasa kagum dgn kita kerana kita mempunyai badan yg sihat dan kuat... boleh buat apa saja..bagus untuk pembangunan negara... ataupun menawan negara, atau melawan musuh...!!!(berperang)... macam dalam cerita troy, gladiator, elaxander the great, etc...

Tapi kita sememangnya boleh berhujah... fisikal yg besar tak semestinya memiliki otak yg cerdik... orang jepun pun bukannya berbadan besar... tapi boleh pula menawan malaya...!!

tapi sekarang berperang tak semestinya melalui senjata seperti pedang atau senapang.. bahkan kecerdikan itulah yg akan membuat strategi untuk menang...!! Walau bagaimanapun, secara lazim bolehlah dikatakan fisikal yg sihat menunjukkan otak yg cerdas...!!

Pukul 9.00 pagi.. baru balik jogging... hari ini hari sabtu... hujung minggu... hari cuti, kebetulan rakan2 sebilik pulang kerumah... entah bila pun tak sedar... tgk2 tinggal saya seorang...!!

Sekarang nk buat apa? Dah tak tau nk buat apa pun... hari masih pagi...
Takkan nk tidor... ah, tak bagus langsung lepas jogging tidur... mlm tadi dah tidur... cukup lah tu…

Saya melihat ke luar tinggkap... terus mendongak kelangit... ah, kan bagus klu jadi burung... boleh terbang sana sini... tak bosan…ah, lupakan semua…saya ini manusia… khalifah tuhan di bumi...

Mata di buka... masih mendapati tubuh diatas katil... lebih kurang 30 minit lamanya...
Bosannya... entah kali keberapa hati saya meraung begitu di dalam hati... saya terus baring...

Sambil itu sindrom kaki resah saya terus menjadi... Sindrom ini adalah apabila seseorang itu tidak boleh duduk diam... pengidap sindrom ini pasti akan menggerakkan bahagian tertentu tubuhnya pada waktu itu... contohnya ialah kaki...
Seperti yg saya selalu buat...

tetapi saya gembira dengan sindrom ini... selain tidak memudaratkan badan, ia menunjukkan bahawa saya ini unik...
Walaupun bapa dan kawan2 saya pernah menegur kerana saya menggoyang2kan kaki saya semasa tidur... mungkin bagi mereka perbuatan saya adalah pelik, tapi bagi saya tidak...

(bersambung dgn izin tuhan seluruh alam...)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

0 Comments:

Post a Comment

<< Home