gunung...
gunung...
panjatlah ke puncak gunung
dongaklah ke langit luas
ada biru, ada putih
ada burung
ada matahari
semuanya sebagai saksi
teriakkan cintamu kepada tuhan
nescaya kau akan merasainya
sehingga tidak mahu lagi engkau pulang
sebutlah nama tuhanmu selalu
malam atau siang
pasti kau akan menangis
jika tertutup hijab antaramu dan tuhanmu
walau seketika cuma
pasti kau akan mati,
kerana hebatnya cinta agungmu.
kerana cinta itu,
kau akan sentiasa bicara tentangnya,
kerana cinta itu,
kau akan mati kerananya.
kerana cinta itu,
kau hidup kerananya..
kerana cinta itu,
kau seperti abaikan dunia.
detik_nafas_kejora
0 Comments:
Post a Comment
<< Home