detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Saturday, November 04, 2006

charlil charbolic smokeball

charlil carbolic smokeball
mood: insaf takut
ekspresi muke: (-_-)
lagu tema: selimut putih (hijjaz)

Untuk yg tak tau dan yg dah lupe atau yg ingat2 lupe atau lupe2 ingat, kat bawah nih adelah care2 nk semayang mayat (bukan care2 mayat nk semayang!) so pasni klu masjid IIUM buat sembayang ghaib jenazah lepas solat jumaat boleh la join… (untuk information korang masjid IIUM selalu buat solat ghaib lepas semayang jumaat atas pemintaan waris si mati)

1. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak tahu atau telupa.

2. Letakkan mayat di hadapan imam melintangi kiblat

3. Bagi mayat lelaki kepalanya di sebelah kiri imam dan imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.

4. Bagi mayat perempuan, kepala disebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.

5. Untuk menyembahyangkan jenazah ghaib iaitu mayat yang hilang tidak dijumpai seperti mati tenggelam di dalam laut, dihanyutkan oleh arus sungai yang besar, dimakan harimau dan sebagainya, imam dan makmum perlu menghadap ke kiblat tanpa perlu ada jenazah di hadapannya.

6. Niat: aku sembahyang atas mayat ini fardu kifayah menjadi makmum/imam kerana Allah Taala.

7. Berdiri betul: Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa sebarang rukuk dan sujud atau sebagainya.

8. Empat kali takbir termaksuk takbiratul ihram: tidak perlu mengangkat tangan selain daripada takbir yang pertama sahaja.

9. Membaca Al-Fatihah sesudah takbir pertama

10. Membaca selawat sesudah takbir kedua, sekurang-kurangnya bacaan Selawat ialah:
allahumma salli ala muhammad wa ala ali muhammad

11. Doa bagi jenazah: Membaca doa sesudah takbir ketiga, sekurang-kurangnya ialah: allahummaghfir lahu/laha warhamhu/ha wa ‘aafihu/ha wa’fu ‘anhu/’anha.

12. Kalau yang disembahyangkan itu kanak-kanak hendaklah dibacakan: allahummaj’alhu/ha lana salfan wa zukhran. [ertinya: Ya Allah, jadikanlah dia bagi kami titipan dan simpanan - Riwayat Bukhari dan Al-Baihaqi]

13. Memberi salam: Sudahi sembahyang jenazah dengan salam sekali ke kiri dan sekali ke kanan sesudah takbir keempat.

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

0 Comments:

Post a Comment

<< Home