detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Monday, July 03, 2006

simulasi sailormoon

Image and video hosting by TinyPic

(gambar burung dan kaki budak tu adelah lukisan asal david foldvori, aku cume design balik jadi camni, harap maklum)

PART 1

kopiah bola sepak

mase sem lepas, aku pegi la lepak bilik kwn aku kat bilal. then bile sampai kul 7.30 ptg, kitorang pun nk pegi surau nk semayang maghrib. nk kuar bilik tu, kawan aku cakap: 'nnti dulu, tak payah la aku pakai kepiah ni, biar aku simpan balik'

aku tanye dia apsal dia taknak pakai kepiah?

dia ckp gini:

aku selalu pegi surau pakai kepiah waktu2 gini. on the way nk gi surau tu aku selalu tersempak ngn kawan2 aku yg baru balik main bola, so diorang segan la ngn aku sampai tunduk2 bile selisih ngn aku.

komen aku:

1. jgn main bola sampai maghrib, sampai tak ingat nk semayang.

2. biar la ko pakai kepiah, indirectly ko boleh dakwah kat diorang...

PART 2

Selamat pagi! Aku terbace dalam buku nota mizi: If god answers your prayers, he’s increasing your faith. If he delays, he’s increasing your patience. If he doesn’t answer, he knows you can handle it.

300 tahun iskandar zulkarnain


Sesetengah ulamak berpendapat zulkarnain yg dalam quran tu adelah raje Macedonia, alexander the great, anak kepade raja Philip. Tok guru Alexander the great adelah Aristotle. Aku penah bace HAMKA kate zaman alexander the great adelah 300 tahun sebelum zaman nabi isa alaihissalam. (biar betul!)

Jin-jin Masjidil aqsa

Nabi sulaiman mewarisi kekuasaan dan takhta beliau dari ayahnye yg bername nabi daud.
Nabi sulaiman ni power gile sbb dapat paham bahase binatang dan dapat control jin. Tentera baginda terdiri dari manusia2, jin2, dan burung2. ikut satu riwayat: tentera manusia duduk barisan paling depan, kat belakang tentera jin, kat atas tentera burung. Ade gak spy iaitu burung hud-hud (ulamak cakap burung belatuk)

Jin2 tu jugak diperintahkan untuk membuat bangunan2 agung, seperti istane nabi sulaiman yg lantai dia berkilat mcm kace/kristal tu, yang dikagumi oleh isteri baginda, balqis dari kerajaan negeri sabak, selatan semenanjung arab (bukan sabak bernam!). Sebab tu la ade sesetengah ulamak berpendapat masjidil aqsa kat palestin mule2 sekali dibina oleh nabi sulaiman dgn bantuan jin2 dia. (wallahua’lam)

Teknologi KL dan London

Antare tande kiamat according to hadis ialah akhir zaman nnti mase menjadi cepat. Contohnye satu jam terase singkat, satu hari terase singkat, atau satu tahun terase kejap je. Tapi ade gak pendapat ulamak yg mentafsirkan maksud sebenar hadis tu ialah: jarak jauh menjadi dekat. Contohnye jarak KL dan London yg jauh tu dah jadi dekat dan cepat, dgn terciptanya teknologi pengangkutan sperti kapal terbang dan teknologi komunikasi sperti telefon, faks, email (wallahua’lam)

2 tahun nabi musa

Name nabi musa paling byk allah mentioned dalam quran. Dgn takdir allah, Nabi musa alaihissalam dibela oleh firaun sampai besar. One day dia pegi keluar, then dia nampak org bergaduh, dia cube tolong dgn menumbuk sorang tu, then orang tu terus mati! Pastu dia lari keluar dari mesir menuju ke negeri madyan. Kat situ lah dia keje ngn nabi shuaib jadi pengembale kambing selame 8 tahun (2 tahun dgn kerelaan sendiri) sebagai mas kahwin berkahwin dgn anak nabi shuaib, zulaikha.

Mengikut satu riwayat: Then dia ngn isteri and anak2 dia pun balik ke mesir. Waktu on the way sebelum sampai mesir tu dia dapat arahan allah kat bukit sinaii soh dakwah kat firaun, suruh sembah allah. Hari isnin dia sampai kat mesir.

Sampai je dia kat mesir dia jumpe abang dia nabi harun kat rumah lame dia (ikut satu riwayat). After baru diorang sesame pegi ke istane firaun nk cakap kt firaun soh sembah allah. Tapi lepas 2 tahun baru diorang dapat masuk istana mengadap firaun, sebab pakguard pintu istane takut nk cakap kat firaun kate ade org soh firaun sembah allah. Itu pun lepas badut firaun yg bagitau kat firaun kate ade 2 org yg selalu datang nk jumpe firaun sejak 2 tahun lalu. (nabi musa dapat wahyu kat bukit thursina lepas bawak kaum dia seberangi laut merah).

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

1 Comments:

At 5:22 PM, Anonymous Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

 

Post a Comment

<< Home