asid forlik
gambar ni aku lukis mase boring2 gune program 'paint'
jom sekali sekale layan puisi...
Aku hanya pejalan kaki…
Oleh: muhammadu naqib ashari
Terjemahan oleh: hashim osman
ditulis balik oleh: budak suruhan
Aku hanya seorang pejalan kaki
Dgn sepasang kasut haus dan buruk
Yang selalu ku pakai kemana2
Kerana aku tidak mampu untuk membeli dua
Aku hanya seorang pejalan kaki
Kerana aku tidak ada kenderaan
Kerana aku miskin tidak berduit
Tidak mampu untuk membeli kenderaan
Aku hanya mampu berjalan kaki
Atau menaiki bas dan keretapi untuk kemana2
Walau sejauh mana pun destinasi ku.
aku seorang pejalan kaki yang gembira
tidak pernah mengeluh susah atau penat
bila aku melata ke serata tempat mana pun
bila aku menapak di bumi tuhan yang luas
kerana aku ingin mengerti dan
belajar tentang hidup di setiap denai2 perjalananku
kerana aku dapat melihat ragam alam
yang membuatkan aku terfikir dan sedar lumrah hidup ini
bila aku berjalan kaki aku dapat berjumpa
orang2 yg berlainan wajah dan jiwa
aku dapat menyapa mereka, bertanya khabar apabila
bertemu ditengah jalan
aku dapat melemparkan senyuman
membalas senyuman insan lain
aku dapat melihat alam sepuas2nya,
menatap setiap rimbunan daun dan batang2 pokok
dapat mendongak melihat langit yg luas
tanpa dihalang oleh bumbung
dapat menghirup udara segar yang nyaman
dapat merasa tiupan angin yg dingin sejuk
atau merasa perit bahang mentari dan
dahaga yg merobek keronngkong
merasa basah titik peluh dibaju yg merimaskan
yang dapat membuatkan aku belajar erti susah dan tabah
kerana hidup tak selamanya senang dan susah
tidak seperti bila aku menaiki kereta,
seolah2 aku bermegah dgn harta ku
mahu menunjuk2 bahawa aku hebat dan bergaya.
Aku hanyalah seorang pejalan kaki
Aku gembira berjalan kaki
Aku mahu merendah diri
Namun aku tidak menolak
Bila aku dijemput untuk menaiki kereta
Kerana itu adalah rezeki dan kemudahan.
2 Comments:
Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»
Hi! Just want to say what a nice site. Bye, see you soon.
»
Post a Comment
<< Home