Football Club Financial Controler
Adakah kita pernah mendengar perkataan FASILITATOR? Saya beranggapan bahawa kita semua tahu apakah itu FASILITATOR. Tapi, adakah kita benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dgn ‘fasilitator’? Adakah kita benar2 jelas tentang peranan dan fungsi seorang fasilitator? Jika jawapannya TIDAK, kita harus giat membaca dan bertanya utk menemui jawapannya.Secara mudahnya ada 2 jenis fasilitator, iaitu fasilitator yg BAGUS dan yang TAK BAGUS.
fasilitator yg BAGUS dan LUAR BIASA
Siapakah fasilitator yg BAGUS? Jawapannya sgt mudah, iaitu mereka yg mempunyai karakter/ciri2/sifat/kriteria fasilitator yg BAGUS.
Siapa pula fasilitator yg TAK BAGUS? Ya, mereka adalah yg mempunyai karakter/ciri2/sifat/kriteria fasilitator yg TAK BAGUS.
Hakikatnya, menjadi seorg fasilitator yg BAGUS bukanlah semudah memberikan jawapan ‘siapakah fasilitator yg BAGUS’.
Siapakah fasilitator yg BAGUS? Percayalah, menyenaraikan kriteria2 PASANGAN IDAMAN anda (pasangan hidup) adalah lebih susah dari menyenaraikan kriteria fasilitator yg BAGUS. Ini menunjukkan bahawa kita tidak mustahil utk menjadi fasilitator yg BAGUS, atau dalam erti kata yg lain, kita mempunyai potensi utk menjadi fasilitator yg BAGUS. Kriteria2 tersebut mungkin terdiri dari kriteria UMUM dan SPESIFIK, samada dari segi FIZIKAL atau DALAMAN.
Mari kita cuba senaraikan:
CONTOH kriteria2 lelaki idaman anda (jika anda perempuan):
Kriteria2 UMUM (secara umumnya ramai org menginginkannya):
1. hensem (fizikal)
2. baik hati (dalaman)
3. penyabar (dalaman)
4. tegap (fizikal)
5. pembersih (dalaman/fizikal)
6. romantik (dalaman)
7. tinggi (fizikal)
8. beriman (dalaman)
9. penyayang (dalaman)
10. bijak (dalaman)
kriteria2 SPESIFIK (bagi sesetengah org):
1. tahi lalat di bibir (fizikal)
2. mata coklat (fizikal)
3. dagu lekuk (fizikal)
4. kreatif (dalaman)
5. professional (dalaman)
6. tarikh lahir sama
7. tempat lahir sama
8. pandai memasak (kemahiran)
9. suara ‘macho’ (fizikal)
10. minat yg sama (dalaman)
11. berambut ikal mayang (fizikal)
12. berbulu dada (fizikal)
CONTOH kriteria2 fasilitator yg BAGUS:
Kriteria2 UMUM:
1. penyabar
2. pembersih
3. baik hati
4. pemurah
5. pengasih
(tak perlu berbadan tegap, berwajah hensem, romantik dan seorg yg tinggi)
Kriteria2 SPESIFIK:
1. professional/bertolak ansur
2. kreatif
3. fleksible
4. tak serius sgt
(tak perlu bermata coklat, berbulu dada, bersuara macho, pandai memasak dan bertahi lalat di bibir seperti Radhi OAG!)
Oleh itu utk menjadi seorang fasilitator yg BAGUS, kita hendaklah memiliki kriteria2 yg BAGUS di atas. Namun begitu, kita harus juga membuang criteria2 yg TAK BAGUS bagi seorg fasilitator seperti di bawah (sekadar beberapa contoh):
1. pemarah/emosi
2. degil
3. sombong
4. pengotor
5. rigid
6. pembuli
7. pemalas
8. materialistik
Setelah kita menjadi seorg fasilitator yg BAGUS, kita perlu MAJU SETAPAK lagi, iaitu dgn menjadi seorg fasilitator yg LUAR BIASA atau gelaran lain baginya ialah fasilitator yg SGT BAGUS!!
Bagaimana hendak menjadi ‘SGT BAGUS’? Jawapannya ialah dgn memiliki sifat2/kriteria2 ‘ISTIMEWA’ seorg fasilitator. Mari kita senaraikan beberapa contoh yg mudah:
1. memahami sepenuhnya psikologi penerima (cth: mentee)
2. kemahiran berkomunikasi
3. skil kemimpinan (leadership skill)
4. ‘good follower’
5. sentiasa bermotivasi
6. pendengar yg baik
7. menepati masa/ terancang masa
8. komited
9. semangat tinggi
10. fleksibel
11. kretif
FAEDAH menjadi seorg fasilitator yg BAGUS dan LUAR BIASA
Secara langsung ia berkaitan dgn kebaikan HIDUP kita. Ia adalah tentang bagaimana kita bergaul dgn masyarakat yg punyai karakter yg pelbagai dari segi usia dan taraf hidup, supaya kita akan terus ‘SURVIVE’, DIHARGAI dan SUKSES utk jangka masa yg panjang sehingga akhir hayat kita!
BAGAIMANAKAH kita dapat mencapai criteria2 tersebut?
Kuncinya adalah ‘KITA MAMPU’ dan ‘KESUNGGUHAN’. Cubalah cara2 begini:
1. muhasabah (kekurangan, kelebihan, improvement, analisis diri)
2. bertanya kepada yg ‘alim/yg tahu (cth: pakar jiwa, pakar motivasi, org2 yg berjaya, tokoh2, dan org yg mempunyai pengalaman)
3. membaca (buku2 motivasi, buku2 ilmiah yg ada kaitan, kisah2 teladan, kisah2 hebat)
4. pemerhatian, pengalaman dan kajian
5. berdoa kepada ALLAH.
Akhir sekali SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERJAYA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home