detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, June 15, 2005

kawanku radioku...

ini adelah satu test.. nk ukur tahap keakraban korang
ngan kawan korang, or nk tahu korang ni akrab ke tak
ngan dia... (khusus untuk pelajar university)

bila anda atau kawan anda buat mender2 kt bawah ni,
tapi anda atau kawan anda tak rase marah atau tak
kisah, ertinya anda dan kawan anda memang rapat.

bila anda sahaja yg rase tak kisah, so anda seorang
sahaja yg mmg best dan baik hati!

perkara2 yg berikut bukanlah suatu jenaka atau lawak bangang dari aku...
tp mmg benar2 terjadi seperti yg aku lihat dan alami!


1. bile anda tak kisah dia pinjam barang anda mcm CD
ke, beg ke, buke ke,etc tanpa bagitau atau mintak
izin, atau pinjam dulu pastu baru mintak izin.

2. bile anda tak kisah dia tidur kt katil anda malam2
buter, padahal mase tuh korang dah ngantuk macam
cipan. anda pula ngan rela tidur atas lantai, atau
pergi tidur kt bilik org lain... then esok pagi anda
yg kena kemas katil anda!

3. bila dia masih lagi exited tgh malam bute nk
berborak ngan anda atau tak reti nk balik2 bilik,
padahal anda pada mase tuh ngantuk tahap keldai laut
atau pun ade test atau exam esoknye!

4. bile anda tak kisah dia makan makanan anda yg anda
simpan kt bilik, atau dia menghabiskannya terus...

5. bila anda tak kisah nk kongsi katil untuk baring2
atau tidur.

6. bila anda tak kisah bila dia suka buat sampah dalam
bilik, or menyerabutkan bilik anda, padahal anda
adalah seorang yg pembersih.

7. bila anda ngan sebuah senyuman membersihkan semula
dan membuang sampah2 yg kawan anda buat dalam bilik,
dan menyusun buku2 yg diselerakkan.

8. bila anda tak kisah dia pakai/pinjam pakaian anda
seperti baju, kasut dan seluar anda...

9.bila anda tak kisah nk belanja dia bila anda ader
duit...

10. bila anda tak kisah dia pinjam barang anda lame2
tapi tak pulang2 sehingga anda sendiri yg pergi amek..

11.biler anda tak kisah melakukan perkara2 yg dia
suruh contohnye, buang sampah, balut buku/hadiah,
bukak tutup suis, amek baju, tolong hantar g mane2,
etc.

12. bila anda tak kisah dia simpan brg2 dalam bilik
anda.

13. bila anda tak kisah dia gune enset anda untuk msg
or call org.

14. bila anda tak kisah dia amek 20 sen atau 50sen ke
syiling anda yg anda simpan dalam laci atau letak atas
meja..

15. bila anda dgn rela hati ckp macam ni: "aku nk g
basuh baju kt mesin nih, ko ade baju kotor tak? biar
aku basuh sekali"

16.(deleted)

17. bila anda senang hati nk pinjamkan duit kt dia...

18. bila anda selalu ajak dia semayang sesame either
kt bilik, surau atau masjid.

19. bila anda tak kisah dia guna brg2 anda seperti
krim rambut, syampoo, sabun, etc..

sekian beberapa contoh yg biase...

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

0 Comments:

Post a Comment

<< Home