detiknafaskejora

Image hosted by TinyPic.com

A S S A L A M U A L A I K U M :: p u j i a n k e p a d a A L L A H ::
m y o n l y L O R D o f u n i v e r s e :: w e l c o m e 2 m y b l o g ::
n i c e 2 m e e t u :: i k u t s u k a a k u l a h ! ! ::

Image and video hosting by TinyPic

Sunday, April 17, 2005

eskatologi...

A FRIEND OF MINE WROTE...

Sesungguhnye sahabat2, Maka BENARlah
firman Allah dlm Surah Maryam(ayat 88-91)--
(Sila
rujuk tafsir Quran)---earth is split asunder
(tsunami
26/12) dat ppl (christians) ascribe a son 4 Allah
(Christmas 25/12), dats mean please avoid
Syirik
(ascribing partners to Allah).

In dis situation,Allah not only remind us to
remembr HIM,but Allah wants us to knw dat
YaumulQiyamah is getting closer 2 us!!!
Klu x silap diriku yg cetek pengetahuan nih,one
sign of Qiyamat ialah akan wujud negeri2
baru.SEE now..peta asia dah berubah,pulau
dah
beralih sebyk 20meter menurut ahli geofizik
US.

When got arguemnt,psl yg ramai mati ialah
MUSLIM,bknnye kafir..pdhal MUSLIM
xcelebrate
krismas pun.. so nak ckpla kt cni,Allah dah
kata..bile kemungkaran b'laku kt satu
tmpat,BALA
akn ditimpa juga kpd mereka2 yg alim yg x
melakukan kmungkaran tuh.Ibaratnye,MUSLIM
nih
orgnye berilmu,tp xsampaikn dakwah kt org
kafir
tuh..jdnye inilah balasannye.Nauzubillah..
Muslim ygmati sebab amal org islam sahaja lah
yang akan menggegarkan arasy Ilahi...org kafir
tu...sebab lom dapat hidayah dr Allah.

Ada seorg sahabat tuh ckp kt sy,chistmas tu..
camnie.... pada perayaan chist... banyak amal
akan naik ke langit... bila amal syirik dah
t'lampau
byk sgt...di tambah lagi denagn amal org islam
dah jauh.dr b'agama... maka dunia nie tak boleh
nak holh dier nyer balance...
so... gegaran tuh pun b'lakulah..

So,ape kite kene buat?Kite kenela b'usaha
jage
Iman&Amal!!
Iman yg slalu naik turun nih,kene control.Sy
amat
yakin bile sy b'kata2 nih lps nih ALLAH akan uji
sy
dahulu(xpe itu tanda kasih sayang Allah).Dan nk
ingtkan sahabat2..jgn takut nk b'kata2 yg
BENAR
tuh..sbbnye once kite xstat ckp..camnela kite
nk
tau maha hebatnye kuasa ALLAH tuh!
Berusahalah buat yg lbh baik..dan lbh
baik..sbbnye kite bukanlah yg terbaik. Bile sy
ckp
camni,sy pk gak sy xnak masuk Syurga
sorg2..tp
sy nak msk b'sama2 dgn akhawat wa
ikhwah.W/pun xLAyak nk b'kata2..apatah lg
menasihatkn org..im juz trying 2 show my
heart..I
LOVE u all pid dunia wal akhirah!!!
Syukran pd sahabat2 yg sudi sharing opinion n
ilmu..ustad anep oopss...nad,aini,eti,etc...



Paksi bumi bergegar, pulau beralih, peta Asia
berubah

LOS ANGELES 28 Dis. - Gempa bumi yang
mencetuskan ombak besar di Asia kelmarin
begitu kuat hingga menyebabkan bumi
bergegar
pada paksinya dan peta rantau terbabit
berubah
secara kekal.

Gegaran 9.0 pada skala Richter yang berlaku
di
kawasan seluas 250 kilometer ke barat daya
Sumatera kelmarin mungkin telah
menyebabkan
pulau-pulau kecil beralih sehingga 20 meter,
menurut ahli geofizik Amerika Syarikat (AS).

``Gempa bumi ini telah menyebabkan peta
berubah,'' kata pakar Pusat Kajian Geologi AS
(USGS), Ken Hudnut kepada AFP.

``Berdasarkan model seismik, sesetengah
pulau-
pulau kecil dekat barat daya Sumatera mungkin
telah bergerak kira-kira 20 meter ke barat daya.
Itu anjakan besar.''

Hujung sebelah barat laut Sumatera mungkin
juga
telah berganjak kira-kira 36 meter ke barat
daya,
kata Hudnut.

Selain itu, tenaga yang dilepaskan apabila
kedua-
dua gelinciran di bawah dasar laut bergesel
dengan satu sama lain menyebabkan bumi
bergegar pada paksinya, tambah beliau.



``Kami dapat mengesan pergerakan bumi yang
sangat sedikit. Saya mengandaikan bumi
bergegar pada paksinya apabila gempa bumi
itu
berlaku disebabkan pelepasan tenaga yang
sangat banyak dan pergerakan jisim yang
mendadak,'' jelas Hudnut.

Seorang lagi ahli geofizik USGS bersetuju
dengan pandangan itu dengan berkata, bumi
bergoncang sedikit dan pulau-pulau dekat
Sumatera beralih disebabkan gempa bumi
tersebut.

Bagaimanapun Stuart Sipkin dari Pusat
Maklumat
Gempa Bumi Kebangsaan di Golden,
Colorado
berkata, kemungkinannya kebanyakan pulau-
pulau dekat Sumatera mengalami pergerakan
ke
atas daripada pergerakan ke sisi. - AFP

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Friday, April 08, 2005

gunung...

gunung...

panjatlah ke puncak gunung
dongaklah ke langit luas
ada biru, ada putih
ada burung
ada matahari
semuanya sebagai saksi
teriakkan cintamu kepada tuhan
nescaya kau akan merasainya
sehingga tidak mahu lagi engkau pulang

sebutlah nama tuhanmu selalu
malam atau siang
pasti kau akan menangis
jika tertutup hijab antaramu dan tuhanmu
walau seketika cuma
pasti kau akan mati,
kerana hebatnya cinta agungmu.

kerana cinta itu,
kau akan sentiasa bicara tentangnya,
kerana cinta itu,
kau akan mati kerananya.
kerana cinta itu,
kau hidup kerananya..
kerana cinta itu,
kau seperti abaikan dunia.

detik_nafas_kejora

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, April 06, 2005

kulit muka bayi...

(sambungan…)

Kaki saya melangkah ke kinokuniya... ini kedai buku terkenal di kuala Lumpur ini...letaknya di tingkat 4,,, komik,,, novel,,, bahasa,,,computer,,, apa2 saja ...carilah,, semua ada,,, termasuk buku2 agama…

Saya melangkah dari rak ke rak ... mencari2 buku yg sesuai,,, munkin ada yg menarik,,. boleh juga saya beli... untuk bacaan malam ini,,, klu tak bosan lagi lah saya keseorangan didalam bilik!!

Bagi saya majalah samada bulanan atau mingguan mmg banyak di pasaran,,. kebanyakan orang sanggup beli tak kira berapa mahal pun harganya,,. sebab kerana minat,,.

Tapi tak byk pula majalah yg berbentuk ilmiyah,,.kalau ada byk pun yg membelinya sedikit sahaya,,.
kalau ramai yg membelinya pun itupun mungkin golongan tua sahaja...

Tak gunalah bila kerajaan menjalankan kempen cinta membaca, tetapi minat membaca itu kepada benda2 yg kuran berfaedah,, bukan tak bagus sangat, tapi kalau dah selalu dan byk sgt tu,,.mmg jadi tak baguslah!!


Byk sungguh buku2 di sini..…
Ada juga buku tentang mahluk asing…orang putih memanggil dgn nama alien,,atau nama lainnya ialah extra terrestrial atau E.T.... mereka mengklafisikasikan kejadian2 aneh melibatkan alien ini kepada 5...

saya pun bukan ingat sgt,,tapi saya mmg ingat yg ke 4 (type 4)... iaitu bila kamu sendiri yg diculik alien..mungkin utk kajian agaknya,,byk juga saksi2 kejadian aneh seperti ini,,

yg popular sekali yg berlaku di roswell tahun 1947... sebuah kapal angkasa mahluk asing terhempas di gurun new mexico berdekatan dgn roswell...ramai saksi mendakwa melihat banyak mahluk asing bergelimpangan tercedera dan mati...

mengikut satu sumber hanya satu sahaja yg masih hidup, dan kemudiannya mati di hospital tentera kerajaan..

Bercerita tentang ufo ini kerajaan amerika sebenarnya sgt bingung,,.sebenarnya mereka juga kuatir jika ufo itu sebenarnya bukannya ufo pun .,,tapi senjata rahsia dari negara lain yg membangunkan teknologi ketenteraan mereka secara rahsia,,,,contohnya jerman yg dahulu pernah dilaporkan membina sebuah pesawat canggih yg berbentuk seperti piring,,..

Selain dari projek blue print, amerika juga menubuhkan MIB atau men in black,, mereka ini ditugaskan untuk menghapuskan bukti kewujudan alien di bumi,,.agar rakyat tidak merasa takut atau sangsi...

kononnya kerajaan amerika mengkaji mahluk asing secara rahsia,,.saya juga pernah membaca bahawa sesetengah rakyat percaya yg anggota MIB itu adalah alein itu sendiri yg cuba memusnahkan bukti kewujudan mereka di bumi...
kewujudan mereka sebagai MIB adalah dgn menukar fisikal mereka kepada bentuk manusia yg dipanggil humanoid,,em..tak tahulah saya..

Ada juga yg melaburkan duit dalam pembinaan satelit bumi yg sangat sensitive dalam mengesan isyarat dari angkasa,,,semata2 mahu mengesan ‘contact’ yg dilakukan oleh alien kepada penduduk bumi...

contohnya steven speilberg yg sgt taksub dgn kewujudan alien ini sehingga turut melabur wang bagi projek bersama kerajaan dan NASA ini,,,
juga menghasilkan filem yg dianggap salah satu yg terhebat sepanjang zaman bertajuk ET..demikianlah serba sedikit tentang taksub dan keanehan ET ini..

Ada juga buku tentang sejarah perancis,, cerita tentang napoleon bonaparte…komander tentera agung dalam sejarah perancis yg suka mengambil risiko dlm tidakan2nya…

Sewaktu kecilnya napoleon menerima biasiswa utk menceburi bidang ketenteraan di akademi tentera perancis…

sewaktu zaman kekuasaannya byk juga penjajahan yg dilakukannya sehingga dunia eropah sendiri berasa terancam pada waktu itu…

Bagaimanapun napoleon menafikan bahawa niatnya bukanlah utk menjajah semata2.. tetapi juga untuk membina satu negara persekutuan yg rakyatnya bebas di bawah satu kerajaan yg liberal..

Napoleon kemudiannya menggubal constitusi baru, memperkenalkan kod undang2, dan mennghapuskan sistem feudal sehingga terbentuklah satu kerajaan mantap yg menitikberatkan sains, kesusasteraan dan seni…

Bagaimanapun sejarah juga mencatatkan bahawa napoleon adalah seorang yg kejam membunuh entah berapa ribu nyawa,,,mempunyai muka baby face dan kaki perempuan,,,

hmm..rupanya orang bermuka baby face pun kadang kala menjadi sangat kejam… prinsip di sini ialah,,,jgn menilai seseorang melalui kulit mukanya...!! atau dengan kata lain.. jgn menilai buku melalui kulitnya!!

(bersambung…)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

m e r a h m e t r o k u . . .

(sambuingan...)

Bangunan berkembar petronas, kuala lumpur city center!!... tiba2 hati saya berdetik!..

ya!! saya nekad mahu ke sana sekarang... terus saya melompat dari katil...menyarung seluar khakis... tangan pula mencapai jersey bola sepak England,,,
ah, Negara yg pernah menjajah tanah air saya dahulu...

pedulilah,,, !!! klu bukan kerana david beckham dan rekaan yg cantik, saya tak akan memakai jersi ini!!! Lagipun bukannya david beckham yg menjajah negara saya dulu!!

British juga yg membina jalan keretapi di negara ini mula2 sekali..!! lagi pula, sebab mereka menjajah kita, rata2 rakyat negara ini fasih bertutur bahasa inggeris sebagai bahasa kedua di malaysia,,. dan lebih penting dari itu... bahasa terpenting di dunia,,,

sebenarnya saya pernah membaca satu teori,,. (sebenarnya saya yg memanggilnya teori)... katanya lagi lama sesebuah negara itu di jajah british, lagi bagus penguasaan bahasa inggeris rakyat negara itu,,,, selain itu, rakyat negara itu juga mewarisi kepandaian berdebat yg mengkagumkan!!

Penulis buku itu ada menyebut negara India sebagai contoh,,. tapi hakikat yg saya tahu,,. india diperintah british lebih lama daripada negara saya sendiri,,,
hhmmm,, . Pelajar kita pun ada yg berebut-rebut hendak belajar di sana.. penyanyi tersohor negara kita siti nurhaliza pun mmg teringin hendak buat konsert di sana,,,, jadi apa salahnya...?

Bukan pula saya hendak mengagung2kan british sebenarnya...
Baju saya berwarna merah,,, baru nampak garang dan ceria sedikit,,,!!
Ini adalah sebahagian motivasi diri saya sebenarnya...

Ting tong,,, itu bunyi pintu lrt di buka,,, sekejap saja dah sampai ke menara idaman saya... klu dahulu tak ada lrt,,,sgt susah dan lama,, klu dari universiti hendak kesini perlu naik bas ke kotaraya dahulu,,,baru boleh naik satu lagi bas menuju ke ampang utk ke klcc,, ..!!

Ini tandanya malaysia sudah bertambah maju..(sebenarnya kuala lumpur sahaja)... entah tahun berapa lrt mula beroperasi di kuala lumpur,,saya pun tak pasti,,. kena periksa dalam internet dahulu baru dapat jawapannya,,.

tapi kalau tak silap tahun 1999 agaknya dah siap.,, tarikh operasinya saya pun tak tahu... yg saya tahu landasannya sepanjang 29 kilometer.. menjadi yg kedua terpanjang di dunia,,, menggunakan system metro tanpa pemandu 100%!!

ada juga yg mendakwa pada masa itu yg malaysia adalah negara yg pertama di asia tenggara yg memiliki teknologi ini... tapi saya pun tak pasti,,. sebab kalau tak silap saya singapura terlebih dahulu... mungkin juga yg di singapura itu menggunakan sistem pemandu,,.. mungkin juga,,,

Tapi dari segi pembangunan spiritual rakyat malaysia... george w. bush ataupun soros pun boleh pertikaikan,,,!!

Em...saya menarik nafas dalam2... sedap juga dapat sedut udara kuala Lumpur,,, dah berminggu2 saya ‘bekerja’ di dalam universiti,, hari ini saya bebas...

(bersambung dgn izin pencipta langit...)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

k a k i r e s a h . . .(dongengku, hakikatnya)

Lima pusingan pun dah cukup… bukannya kecil...tapi besar... saiz padang bola... dekat stadium universiti... pelajar melayu macam saya tak ramai sangat tadi... saya pun sekali sekala sahaja…yg ramai ialah pelajar asing... rata2 mempunyai fizikal yg besar dan tegap... berjoging kadang2 hingga berbelas pusingan...!

Saya pernah berbual dgn seorang guru besar sekolah rendah… katanya orang melayu terutama sekai golongan remaja harus mempunyai fisikal yg besar... kerana itu menunjukkan kegagahan...

katanya orang lain akan berasa kagum dgn kita kerana kita mempunyai badan yg sihat dan kuat... boleh buat apa saja..bagus untuk pembangunan negara... ataupun menawan negara, atau melawan musuh...!!!(berperang)... macam dalam cerita troy, gladiator, elaxander the great, etc...

Tapi kita sememangnya boleh berhujah... fisikal yg besar tak semestinya memiliki otak yg cerdik... orang jepun pun bukannya berbadan besar... tapi boleh pula menawan malaya...!!

tapi sekarang berperang tak semestinya melalui senjata seperti pedang atau senapang.. bahkan kecerdikan itulah yg akan membuat strategi untuk menang...!! Walau bagaimanapun, secara lazim bolehlah dikatakan fisikal yg sihat menunjukkan otak yg cerdas...!!

Pukul 9.00 pagi.. baru balik jogging... hari ini hari sabtu... hujung minggu... hari cuti, kebetulan rakan2 sebilik pulang kerumah... entah bila pun tak sedar... tgk2 tinggal saya seorang...!!

Sekarang nk buat apa? Dah tak tau nk buat apa pun... hari masih pagi...
Takkan nk tidor... ah, tak bagus langsung lepas jogging tidur... mlm tadi dah tidur... cukup lah tu…

Saya melihat ke luar tinggkap... terus mendongak kelangit... ah, kan bagus klu jadi burung... boleh terbang sana sini... tak bosan…ah, lupakan semua…saya ini manusia… khalifah tuhan di bumi...

Mata di buka... masih mendapati tubuh diatas katil... lebih kurang 30 minit lamanya...
Bosannya... entah kali keberapa hati saya meraung begitu di dalam hati... saya terus baring...

Sambil itu sindrom kaki resah saya terus menjadi... Sindrom ini adalah apabila seseorang itu tidak boleh duduk diam... pengidap sindrom ini pasti akan menggerakkan bahagian tertentu tubuhnya pada waktu itu... contohnya ialah kaki...
Seperti yg saya selalu buat...

tetapi saya gembira dengan sindrom ini... selain tidak memudaratkan badan, ia menunjukkan bahawa saya ini unik...
Walaupun bapa dan kawan2 saya pernah menegur kerana saya menggoyang2kan kaki saya semasa tidur... mungkin bagi mereka perbuatan saya adalah pelik, tapi bagi saya tidak...

(bersambung dgn izin tuhan seluruh alam...)

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

RUMPUN ORNAMEN::

di sini jiwaku meraga...

Saat kembali dalam lamunan panjang
Pada sebuah kisah kelam yang menua
Di sini jua cintaku melarut
Menetes bersama butiran air mata
Hempasku dalam taman purbakala

Entah mimpi yang tiada henti ?
Ataukah asa yang tiada nyata ?

Di sini jua hatiku membatu
Menjadi ornamen berkarat
Di sela rumpun perdu liar
Gubuk kecil yang nyaris ambruk

Di sini jua jiwaku bersemayam
Menunggu jiwa yang lain yang kan membawanya
Pergi, tak mengerti kan ke mana?

Seperti sebuah mimpi yang tiada henti ?
Ataukah asa yang tiada nyata ?

Di sini jua jiwaku meraga
Dalam diam yang tak pernah berakhir
Hingga cintaku mengkristal bersama butiran air mata

ant
Makassar, 18 Mei 2002

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

Monday, April 04, 2005

STIGMANYA, STIGMAKU...

stigma itu pada bunga..
letak jadi di hujung sari
hinggap kumbang kerana tarinya
semerbak harum selinap sepi...

stigma juga pada aku...
campak jauh jgn cari...
bakar hangus jgn kembali...
tinggal jauh jgn dengari..

hendak jadi seperti yg bunga,,
biar terus wangi2...
berlari dgn hari tak mau berhenti...
orang lain takkan sepi..
terpukau dek tari seri...

aku bukannya tuhan
yg bisa menciptakan sesuatu yg indah,,
tapi aku bisa mencintai ciptaan yg indah itu..
sebagai kurniannya,,,
agar dapat aku hidup...
bergelumang dalam rahmat,,

lalu aku pun mengharap...
dari jeritan dalam hati sayu...
dari tulisan diatas lidah kontang ini..
semoga tuhan dengari...
dgn layaknya...

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

i s t a n a l a n g i t . . .

istana langit...

Diatas bumbung sebuah rumah
Aku menanti sepertiga malam
Bila si sufi berdoa di dalam rumahnya
kepada tuhannya
lalu doanya naik kelangit
lalu aku pun cepat2 berpaut pada
munajat doanya

bila aku rasa goyah dek ketinggian
akan ku pegang erat pada kalimah2
tuhan
bila nafasku jadi sesak dek ketinggian
akan ku bernafas dgn cinta sufi kepada
tuhannya
di dalam doa munajat si sufi

biar kepala ku terhantuk di bucu2 bintang
sehingga aku sampai ke langit tujuh
lalu ku bunuh tawaku dgn tangisku
kejam sekali
sehingga ia lantang menjerit sakit
sehingga rohku terkejut dr tidur panjang
sehingga hatiku pulih dr buta lama
sehingga syaitan2 di langit jadi bengis
padaku

lalu pakaian ku ialah percayaku
mahkotaku ialah takutku
sayapku ialah cintaku
terbang ke sebuah istana

lalu kudusku utk tuhanku
damaiku dari tuhanku
bersemayam dlm istana langit

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic

baju belang2...

assalamualaikum..

ah, lega rasanya bila saya sudah habis peperiksaan akhir semester..bagaimanapun saya telah membuat satu keputusan,,,saya enggan pulang awal ke kampunng halaman,, bagi saya waktu sekaranglah yg paling sesuai untuk merasai suasana hening di university,, ini bukanlah kali pertama bagi saya...

sebelum ini saya ada membuat satu posting di blok ini,, tetapi saya masih belum berniat utk menyambung kembali tulisan saya..saya juga merasakan bahawa saya perlu membuat editing lagi terhadap tulisan saya,,

sekarang saya di tahun ketiga,,, harap saya akan terus gembira berada di sini,,,

kegembiraan,,,
ia adalah segalanya bagi saya,,,

belajar undang2,,kursus pilihan saya sendiri..walaupun sgt berat dan susah,,
bersama kawan2,,, harus sedar kawan2lah yg mewarnai hidup kita... kawan yg rapat pula yg akan memberi dorongan dan nasihat kepada kita,, kerana mereka lebih memahami kita,, berbanding orang lain,,

saya percaya,, sesetengah ibu bapa pun tak mampu memahami anak mereka seratus peratus,,,!!

tapi saya juga berasa takut,, kerana suatu hari nnti saya terpaksa berpisah dgn mereka,, apabila aya sudah habis pelajaran saya disini...
saya harap diri saya akan terus diingati oleh yg lain..saya juga pasti begitu terhadap mereka,,,

semoga allah memberkati hubungan/jalinan ini,,amen,,

wassalam..

thank you very much for your comments

Image and video hosting by TinyPic